Sunday, November 29, 2009

How I spent my time this weekend

Assalamualaikum.....

Salam Aidiladha buat semua.

This weekend saya byk stayed kat rumah.Tido...zzzz....

Hehe....

Tapi tkde la tido all the times, tp agak malas sket la this weekend. Lepas Subuh tidur balik, weekend before this week, I seldom slept after Solat Subuh. Less read Quran, huhu.....But, I tried my best to at least read one page after Solat Zuhur/Asar/Maghrib.I don't know why this week I'm quite lazy.......

  1. But, this week I finished sewing my first blouse.
  2. I also had grew vegetables/flower (tomato, chilli, livingstone daisy, angle bean) in the polybag at my backyard.
  3. I watched movie 2012 with my best friend last night
  4. I learned how to cook from my hosmate, but I don't want to write here what I learnt because it was so simple recipe. Malu, resipi senang pon tk tahu.

Tomorrow, I planned to go to office early, hopefully at 6.30 a.m because I have too many things to do.......Next weekend, I hope I can go to swimming pool because there was quite long time I don't do any exercise...

Tuesday, November 24, 2009

Assessor Kata You're Doing Well

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....I have finished my ACD session this evening (2.00 p.m - 4.45 p.m). Hihi..it is supposed to be until 4.00 p.m, but it dragged until 45 minutes late.
I think I'm not doing well, but one of the assessor said, "Now you have finished your base competencies and so far so good".Waaa.....tk sangka assessor boleh ckp mcm tu...Alhamdulillah.terus bersemangat nk jawab soalan utk key competencies, sebenarnya I dah hampir setgh mati kat dlm bilik assessment tu sbb perah otak nk jawab pelbagai soalan. Habis fakta yg I ingat jadi lupa.....Nasib baik ada flip chart, boleh la saya lukis all the equipment block diagram kat atas flip chart, tkde la terketar2 sgt nk jawab soklan. Lukisan saya menjawab bagi pihak mulut saya.
Then, we proceed to the Key Competencies questions. After all the competencies end, assessor said, You're doing well for two years working experience". Dalam hati saya kata "Waaaa......nampaknya saya ni pandai jgk orangnya walaupun mcm nampak tk pandai". Patutlah parents saya bangga sgt dengan saya...huhu.
Astagfirullah, saya ni riak betul.Sebenarnya ianya ok sebab Allah permudahkan ujian tersebut terhadap saya. Cara dipermudahkan ialah sebelum assessment saya berpeluang utk discuss dgn officemates dan kawan baik saya, Ila. Last weekend, saya tidur pukul 1 pagi sbb buat discussion ngn Ila. Thanks Ila for the good companion.
Nak harap saya study sendiri mmg susah sbb saya ni bukan ulat buku bg matapelajaran electrical. Kalau buku2 yg tk berkaitan pelajaran, seperti novel2 Islam, Travelog Iran, saya terlebih ulat buku plak.
Harap tahun depan saya close all the gaps dan naik E2.....Hahaha....advanced betul.Lepas naik E2, terus pindah PMO.So, target utk naik E2 adalah tahun 2011.

Saturday, November 21, 2009

Friday, November 20, 2009

Owh...duit simpananku

Assalamualaikum...
Katanya melabur dlm asb tidak halal. waa....saya menyimpan dalam asb, siap buat potongan gaji setiap bulan lagi. Hmmm....nampaknya kalau mcm ni saya kena keluarkan duit saya dr asb la. Saya suka menyimpan dlm asb kerana kalau nk keluarkan duit senang, boleh pergi post office atau mana2 bank. Kalau tabung haji susah sket nk kluarkan duit, hanya blh di pejabat tabung haji dan mesti time office hour je (jika di Miri la, tempat lain saya tk sure).
Kalau tk simpan kat ASB, tak tahu la nk simpan kat mana lagi ni. Btw, skrg saya simpan kat 3 tempat:-
  1. ASB - disimpan utk dikeluarkan pada masa kecemasan. Kalau tkde kecemasan, saya guna duit tu utk pergi travel.Dah ada dalam perancangan nak pergi Beijing + Jakarta + Iran...huhu, tak tahu bila la tu boleh pergi...sekadar bermimpi.
  2. Tabung Haji - Disimpan bukan utk dikeluarkan dlm tempoh terdekat. Simpanan masa hadapan.
  3. KOPETRO (Koperasi PETRONAS) - Disimpan utk masa depan, potong gaji RM 70 jer sebulan, kalau setahun RM 840, 10 tahun = RM 8400, 25 tahun = RM 21000.

Saya tgk keadaan dulu, saya tgh survey nk simpan kat mana kalo bukan kat ASB.Saya harap sgt kalau ASB membuat pelaburan secara Islamik, tak payah la saya nk keluarkan duit saya dan tk payah la saya membatalkan skim potongan gaji yang saya telah buat terhadap simpanan ASB. Semoga suara saya didengar pihak berwajib.

Tuesday, November 17, 2009

Hot

Malas nk layan....

Monday, November 16, 2009

My ACD Assessment Is Just Around The Corner

Buku-buku yang harus dibaca


Salam all....

I need to study hard. My assessment is just around the corner. If my result is so bad, I think many peoples will upset, first my coach (Antonio), second my boss (becoz he always expecting his staff to deliver their best). My coach already said, "If you fail mean I also fail, don't turn down my reputation".

Yeah....that motivates me, I will make them proud and make PETRONAS proud...hehehe. Believe on me, I have the talent to be a good electrical engineer.


I have booked Mindy, my colleague to do discussion with me on ACD matters in order for us to share our knowledge. Furthermore, the assessment will be in the interview form, so it is better for us to discuss and speak more on our subject matter to check we have the correct understanding.
I have booked Ila too to discuss during weekend.


ACD = Accelerated Capability Development.


The assessment will done one or two times in a year in order to measure the capability and knowledge of young executives in PETRONAS. Who that scored excellent marks will be promoted faster. I don't mind to be promoted late but I don't want people know me as 'hampeh', don't want people know me as a stupid engineer. That why I must study, I want to a good engineer.

Sunday, November 15, 2009

Kepulanganku ke Miri

Assalamualaikum w.b.r.t

Semalam, saya pulang ke Miri setelah 2 minggu away dr office. 1 minggu pergi course, 1 minggu balik Kelantan. Sebelum balik Miri, saya kata kat kawan2 saya akan merindui Miri sebab 2 minggu away~......Ya, mmg rindu sbb kat Miri sebab there is something special in Miri that I cannot describe by words...Ceh....jiwang betul ayat.

Senang cerita, kat Miri saya suka sebab ada halaqah, taalim dan kelas Iqra'....bnyk pengisian yg membangunkan jiwa saya.Ada kelas jahitan dan swimming pool KRP utk aktiviti riadah masa lapang.Ya...saya tahu semua benda itu saya boleh dpt di tempat lain juga, tapi yg pentingnya saya start menjumpai semuanya di Miri.Saya juga mempunyai jati diri dan kekuatan diri saya diri Miri. Alhamdulillah.....thank you Allah for the right guidance.

Apapun Tanah Semenanjung amat penting buat saya, sbb itulah saya ambil cuti seminggu untuk berada di kampung Kelantan bagi merasa kehidupan di kampung bersama2 keluarga tercinta.Selepas itu, saya berada semalaman di rumah Kak Long di Bangi utk menziarahi Kak Long dan keluarga. Untuk memahami Kak Long saya sbb saya tidak membesar bersama dia walaupun kami adik beradik kandung.Petang semalam, alhamdulillah sempat juga saya jumpa sahabat baik saya, Jid sebelum bertolak ke KLIA. Kami jumpa di KL Sentral, kemudian kami ke Masjid Jamek dan Jalan Masjid India.Hujan renyai2 semalam menyebabkan saya tk sempat nk survey tudung pilihan saya. Tapi sbb mmg niat nk beli tudung, pakai sambar je la 3 helai tudung(purple, maroon dan orange lemak ketam).

Disebabkan hujan pergerakan kami terbatas, akhirnya kami berhenti makan di salah satu gerai area tersebut. Sambil makan, saya duk cerita macam2 kat Jid...pasal Piala Malaysia la, pasal itu la...ini la. Kami gelak2 tk berenti sbb saya ni suka buat lawak dan suka gelak. Jid pon sama....hehe.

Masa tunggu ERL kt KL Sentral dpt mesej dr naqibah, pagi ni ada usrah...Huhu...happy. Saya tnye seorg adik hadir tk esk...dia kata hadir...Lagi happy, sampai KLIA terus beli roti dan air kotak utk bawa pergi usrah. Semalam, bila sampai Miri saya tk terus balik rumah tp tido di apartment kawan dekat Imperial.....Ckp2 ngn Ila sampai kul 1 pagi.....

Okla...that all, saya perlu siap2 utk balik rumah dan pergi usrah..

Saturday, November 14, 2009

Luahan Rasa Mengenai Wira Merah Lagi...

Assalamualaikum....

Saya terpanggil untuk share artikel pada post yg sebelum ini di blog saya kerana ianya berkaitan dengan negeri kelahiran saya. Setelah membaca banyak artikel dr internet, skrg saya dpt membuat rumusan kenapa penyokong Kelantan buat perangai ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu (7th November 2009).Bukan salah penyokong 100%, ada faktor2 lain yg membuatkan mereka sebegitu. Bygkanlah kesanggupan penyokong dtg dari jauh semata2 untuk menyokong Wira Merah, dalam keadaan Negeri Kelantan ketika itu dilanda hujan tidak berhenti2 dan sesetengah tempat dilanda banjir. Saya tidak berada di stadium, namun saya seperti dapat memahami perasaan kecewa penyokong yg berada di stadium.Penyokong kecewa setelah melihat corak pemainan yang tidak seberapa pada mlm itu. Namun, ianya bukan salah pemain, saya percaya pemain sudah buat yang terbaik, itulah yg termampu mereka buat pada mlm itu.


Bagi saya pemain Kelantan yang paling menonjol dalam ingatan saya pada mlm itu adalah Farisham sbb dia selalu buat lontaran bola ke dalam. Buat Mohd Zamri Ramli pula jgn bersedih hati kerana secara tidak sengaja telah menjatuhkan pemain NS di kotak penalti. Saya tetap menyokong anda kerana saya tahu anda tidak sengaja, anda hanya ingin menyekat kemaraan pemain NS itu, sebab itulah anda tertarik bajunya. Teruskan perjuangan, anda baru berusia 19 tahun.Syabas juga buat seluruh pemain Kelantan dan pihak pengurusan kerana berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia pada tahun ini.


Buat penyokong pula, janganlah fanatik keterlaluan sampai pukul memukul, sampai mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda. Ntahla....saya tidak bersetuju dengan kejadian membakar mercun dan membaling botol. Takut terkena orang lain, lebih parah kalo kat stadium itu ada kanak2 dan wanita.

Kawan saya Noje mlm itu sempat lagi sms mengharapkan Kelantan menang, makcik tua di kampung saya yang mengambil upah membuat ketupat pon risau macam mana dengan anak2 Kelantan yg pergi menyokong di Bukit Jalil. Selamat sampaikah mereka kerana sebahagian kawasan khabarnya sudah ditenggelami air. Di rumah saya, anak saudara saya yang baru berumur 15 tahun memaksa semua orang memakai pakaian merah sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan, sampai anak saudara saya yang umur 5 tahun pon faham dan pakai baju merah jgk. Begitulah hati kami, semua orang ada kesedaran untuk menyokong pasukan kami, tak kira yg berpelajaran tinggi atau tidak. Tak kira yang cukup umur atau tidak.Malam itu bagaikan seluruh hati rakyat Kelantan berada di Bukit Jalil bersama-sama The RedWarriors.

Ok tkpe la, dah suratan takdir kami kalah, apa nk kata lagi. Tahun depan moga dapat tebus balik.Petang ini saya nk jumpa kawan saya, Jid yang merupakan penyokong tegar The RedWarriors.
Wassalam

Wira Merah oh Wira Merah

Di bawah ini artikel yg saya copy paste dari internet.


AMPANG, November 09, 2009 — Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.



Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.



Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada di dalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.



Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.



Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?



Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.


Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.



Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.


Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.


Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.


Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.


Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.


Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika merai kan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?


Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?


Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?


Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku?


Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.


Sekian, terima kasih.


Ir. Azizan Razak,

Jurutera Professional,

Hp : 012-2050538

Friday, November 13, 2009

Akhirnya wira merah kalah....

Assalamualaikum.....



Lama saya tk update sbb kat kampung, internet slow.So malas nk tunggu dpn laptop.



Perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lalu. (Kelantan - 1, N.Sembilan - 3)



Seluruh rakyat Kelantan di Tanah Serendah Sekebun Bunga dilanda kekecewaan......Begitu juga rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan. Dari kanak2 berusia 5 tahun hinggalah ke orang tua sudah lanjut usia, semuanya menyokong Wira Merah.....semuanya berada di depan tv untuk melihat Wira Merah beraksi. Namun, apakan daya kami, sudah takdir Allah menentukan Wira Merah kesayangan kami kalah di tangan skuad Rusa.



Seluruh negeri berduka cita, membawa hati lara ke mana2.



Segelintir penyokong kami pula habis kerusi di Bukit Jalil ingin dibakarnya, habis mercun diletupkan, habis botol minuman kosong ingin dibaling ke tengah padang.



Saya pula di depan televisyen, aduh sedihnya hatiku.....ada penyokong yang buat hal di Bukit Jalil. Dalam hati.....cukup2 la baling botol dan mercun, kesian kat pemain tkleh nk concentrate kepada games.



10 minit perlawanan berbaki saya cakap dekat anak saudara saya..."Abe (panggilan saya terhadap anak saudara saya), abis doh la, kaloh doh la kito..."Anak saudara yang berumur 15 tahun jawab, "Ah...Yeh (dia membahasakan dirinya) tk kaloh lagi"Saya dalam hati bangga sbb anak saudara saya ada semangat juang hingga ke titisan darah yg terakhir.



Begitulah laporan Piala Malaysia dari kaca mata saya. Apapun, syabas untuk Wira Merah, I believe you all sudah buat yg terbaik. Tahun depan insyaallah kita ke Piala Malaysia lagi....

Wednesday, November 4, 2009

Saya Peminat Fanatik....Wira Merah


Assalamualaikum semua....

Saya rasa ni fanatik terhadap wira merah....asyik duk cari info pasal wira merah je dlm internet. Kalau saya ni perempuan boleh jadi fanatik macam ni, tk heran la kalo peminat lelaki wira merah boleh jadi lagi fanatik.

Tapi tu la....fanatik mcm mana pon, ingat jgn langgar perintah agama.....

Okla...jom tgk gambar wira merah yg saya jumpa kat internet.


Inilah sebahagian daripada pemain wira merah.....Good luck ye...Do your best...


Insyaallah...Wira merah akan menang....

Monday, November 2, 2009

The RedWarriors Will Win...Insyaallah

I pray for the success of RedWarriors....
Watch Piala Malaysia this Saturday (Kelantan versus N.Sembilan)

Mintak2 la RedWarriors menang....please...please....
"Gomo Kelate Gomo"

Sunday, November 1, 2009

Percutian Terbaru-Brunei (31/10/2009)

Assalamualaikum semua....


We (I, Ain, Adilah & Ila) were heading to Brunei. There was raining heavily outside, and that why my tudung was wet because we stopped for a while to have our breakfast before we proceed our journey. Tgh breakfast, hujan turun dengan lebatnya....terpaksa lah kami meredah hujan utk masuk ke kereta semula. Tapi saya yg paling kesian, effect dari kena hujan, I kena selsema during our trip until I felt so tired to drive. Arrived in Brunei, I felt I lose my focus to drive and I asked Ila to replace as a driver.


Saya dan Ila....Happy, akhirnya saya ada juga gambar dengan Ila. Dah lama kawan, tp tkde gambar bersama....

Go ORANGE tema arini.....Saya, Ila dan Adilah


Ain, Ila & Adilah