Sunday, September 27, 2009

Catatan Ringkas Cuti Raya 2009

Mek, Kakak (Nuruljannah), Saya, Kak @ KB airport. Paling kiut dalam gambar adalah kakak @ Tuan Puteri Intan Payung...hehe

Saya dan Abg Ngah (Muhd Fayyadh). He just 10 years old, tapi badan besar macam budak form 2

Adik bongsu (Adham Syahmi), Ma & Baby Aqil Zakwan who is just 1 month 27 days...


Abe (Faris Asyraf) was taking care of his adik (Muhd Fiqh)



Assalamualaikum semua....
This is backdated post that I want to publish in 27th Sept, but due to technical problem, I only able publish it tonite

Alhamdulillah, saya kembali ke Miri setelah bercuti dari 19hb hingga ke 26hb di kampung kelahiran saya, Kg Lebai Akil, Pasir Mas, Kelantan.


Ada beberapa perkara yg membuat saya gembira berada di rumah pada kali ini...

  1. Saya melihat perubahan pada anak2 buah saya (Abe & Abe Ngah). Mereka makin mendengar kata dan setiap waktu solat termasuk waktu Subuh mereka akan solat berjemaah bersama Papa mereka dan Mek. Lebih mengembirakan mereka bergilir2 iqamat dan menjadi bilal @ syeikh solat terawih. Abe tahun ini berumur 15 tahun dan Abe Ngah berumur 10 tahun.
  2. Pertama kali dapat melihat anak buah sulung yg dilahirkan kak long saya, Aqil Zakwan
  3. Meet my brother, Abg Adi yg lama tk jumpa.Happy bila dapat tahu Abg Adi sudah dapat menyesuaikan diri dgn tugasnya sebagai guru di kawasan pendalaman Sibu, Sarawak.
  4. Melihat adik bongsu saya, Adham Syahmi yg berumur 6 tahun makin becok bercakap dengan gaya tangan2 nya sekali...hehe
  5. Mendengar cerita anak buah saya, Abe tentang pengalamannya semasa menjadi wakil Kelantan untuk kejohanan ragbi peringkat Kebangsaan bagi peringkat umur bawah 15 tahun. Abe ni susah nk bercerita, kalo dia bercerita sedikitpun saya dah happy....cerita dia bukannya pasal susah nk melawan pihak lawan atau hebatnya pasukan dia, tapi dia asyik duk cerita pasal makanan jer...."Su, best betul time jadi wakil ragbi bawah 15, banyak betul dan macam2 makanan yg dihidang"...Hehe, Abe(2x).
  6. Looking the naughty Abe grows more mature make me happy. Sekarang dia dah pandai masak makanan untuk adik2 dia. Malah kalo Mama dia tkde kat rumah....dia akan tnye Abe Ngah dan Kakak mahu makan tk, dia nk masak. Looking him taking care of Adik (the youngest for now)....However, Abe is still Abe,kadang2 ada sikap nakal dia yg suka menyakat adik2 nya. Tapi alhamdullilah, setakat ni tak tinggal solat dan puasa.
  7. Berkongsi cerita dengan family ttg macam2


Satu jer buat saya terkilan, saya tk sempat nk beli beberapa helai tudung untuk diri saya dan keropok sira Kelantan sebagai ole2 untuk kawan2 kat Miri kerana kesuntukan masa.


Nasib baik ptg tadi sempat kirim kat kawan2 yg ada SKG kat KL next week suruh beli tudung...Kalau ada rezki saya, sampailah tudung itu next 2 weeks kat Miri. Ada 3 colours (light grey, light purple and light peach (jenama AKEL)).






Saturday, September 19, 2009

Hari Last Buka Puasa di Miri

Assalamualaikum.....

Last day buka puasa kat Miri dengan Adilah dan Janet kat kedai nasi Lalapan Muara 2, Permyjaya. Tak sempat nk cerita panjang coz pakcik teksi dtg ambil jap lagi....9.40 a.m











Wednesday, September 16, 2009

Majlis Iftar di Rumah Saya

Antara makanan yg dihidangkan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah....akhirnya....impian jadi kenyataan.
Saya berjaya men'organise' majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan di rumah saya pada hari Ahad lepas, 12/9/09. Rasa best2 sgt sbb dpt berkumpul ramai2 dan menjamah hidangan yg ada.
Antara yg hadir....
  1. Ummu Uwais (saje letak nama samaran)
  2. Qayyim Noor (saje letak nama samaran)
  3. Kak Raihan
  4. Kak Laily
  5. Diyana
  6. Mas Afiqah

Pada majlis itu, saya masak tom yam ayam, sayur campur dan kek batik. Malangnya, kek batik tk sempat membeku dgn sempurna sbb saya lmbt buat. Huhu...tkde dessert la nmpaknya....Nasib baik la cik Qayyim Noor bawa muffin chocolate dan cik Ummu Uwais bawa kek lapis coklat. Dua kuih inilah yg menyelamatkan saya. Diyana pula bawak bubur kacang + jagung dan buah-buahan...Hmmm...nyum...nyum

Kak Raihan bawa pasta...sedap....Kak Laily pulak bawak berkotak2 minuman jus oren dan sebotol 100plus.

Thank semua...Love you all

Berbalik kepada masakan saya tadi...Huhu...tom yam saya merah sgt sbb saya terlebih blend cili. Saya masak tom yam tk guna perencah segera...saya masak guna resipi tradisional. Buat perencah sendiri. Btw, inilah first time saya buat tom yam, b4 ni jadi observer jer time kakak ipar buat...

Lepas makan...kitaorg solat Maghrib, Isyak dan Terawih sama-sama kat rumah saya...Qayyim Noor dan Kak Raihan jadi imam.

Okla...tu jer...

p/s : Rindu kat Cinet....skrg dah tk boleh buat lawatan harian ke workstation Cinet dah la sbb dia dah balik KL since last Friday. Cinet, if you read my blog, leave ur mesej k!...:)

Ummu Uwais pon dah balik Terengganu...

My the only one hosmate for the time being, As, pon dah balik Sibu malam ni via bus....

Lepas tu Jumaat ni saya cuti, so tinggal Qayyim Noor a.k.a Dila sorg2 kat office...hehe...Pagi td dia dah menjerit2"....akak tinggalkan saya sorg2 Jumaat ni...". Saya balik hari Sabtu, so Jumaat insyaallah, saya akan keluar berbuka ngn Dila kat mana2 tempat yg best.

Wassalam

Saturday, September 12, 2009

Puding Roti (Bread Pudding)

Assalamualaikum...


Hari ini sangat penat, balik program donation, saya tertidur sampai jam 2.55 p.m. Malas nk bangun lagi...Huh..

Mcm mana nk buat ni, tk larat nk bgn dr katil..(Betul kata Puan Siti dalam blognyer : "Jauhnya iman kita kala ini..kadang terasa takut sekali nikmat yang diberi merupakan ujian Allah adakah kita lalai atau tetap mengingatiNya...sepatutnya iman kita lebih teguh dan jitu kerana nikmat yang diberikan kepada kita begitu banyak sekali..Ternyata, diri kita tidur di tilam yang empuk.. sehingga terkadang terlalai waktu subuh.. kita makan yang lazat-lazat sehingga membuatkan kita malas melakukan solat-solat sunnat, kita diberi terlalu banyak kemewahan sehinggakan kita terlalu cintakan dunia... dan takut untuk bersedekah.. dimana letaknya iman kita...")
Pelik, sejak bila saya jadi mcm ni???Sejak Ramadhan ni saya dah jadi rajin...tapi hari ni dah jadi malas balik.


Saya dpt idea, saya kena bangun jgk..Bangun pergi mandi supaya badan segar. Saya kuatkan diri bangun pergi mandi dan Solat Zuhur. Sbb saya Solat Zuhur lewat, saya baca Quran after Solat Zuhur sementara menunggu Solat Asar.Lepas Solat Asar, saya start masak. First saya masak puding roti. 2nd masak sup ayam,third masak nasi putih. 3 benda tu la menu buka puasa saya hari ni. Saya keseorgan kat rumah sbb As balik rumah saudara dia.

Puding roti saya tk jadi sebenarnya...Huhu.Saya rasa saya salah teknik.


Roti yg dicelup dlm susu + telur disusun dalam loyang. Ditabur gula perang + kismis diatasnya

After dibakar dalam oven 180 degrees selama 10 minit. Awal2 bakar 10 minit, tk masak...Tambah 20 minit lagi...terus hangus...hehe.Sapa la nk menghabiskan puding roti yg hangus ni.

Saya dan Program Ramadhan Donation

Assalamualaikum....

Pagi ni saya bangun dengan bermalas-malasan....Arghh, saya kena mengorbankan weekend utk org lain lagi. Ntah, kenapa saya malas.Mungkin, saya perlukan rehat, mungkin saya perlukan masa untuk siapkan kerja2 office yg bertimbun2, mungkin saya perlukan masa untuk pergi shopping dan pergi kelas jahitan.


Lagipun, semalam saya tersedar jam 12.45 pagi. Saya bangun solat Isyak dan baca Quran sampai jam 2 pagi....Saya tidur balik dan bangun pukul 4.20 pagi....Sahur dan tk tidur sampai jam 7 pagi....Sambil baca buku atas katil, rasa mengantuk dan tertidur sampai jam 8.09 pagi. Arghh....malas nk bangun. Sejak akhir2 ni, saya tk pernah tidur selepas Subuh tapi hari ni tak tahu kenapa saya malas. Dalam hati,saya takut dengan tindakan saya tidur selepas Subuh takut otak saya jadi lembap...Tapi, tk larat nk bangun...Huwaa...pastu teringat kat kerja2 office yg sudah dekat dengan due date...Huhu. Teringat jgk yg esok petang saya akan buat majlis buka puasa kat rumah saya. Saya nk masak tom yam, ikan bakar dan sayur campur....Saya tk pandai masak, cmne ni????Rumah pon tk kemas lagi....Mcm mana ni??Tertidur balik sampai 8.20 pagi.

Tapi kerana work in a team, saya terpaksa la menyertai program tersebut dengan hati yg tak ikhlas....Huhu...tetapi dlm perjalanan pergi office saya cuba pujuk diri..."Ini peluang baik untuk mendekati masyarakat, mungkin ada kebaikan yg boleh saya perolehi dr program ini, saya akan lebih mengenali Miri dan sebagainya....."
Dalam van...saya ditegur oleh kerana lambat...Aduhhh...lagi la saya bad mood...Hahaha.....Tapi bila ingat balik pesan ayah dan my big brother iaitu, "Dalam apa jua situasi, jgn tunjuk muka bad mood, kena tunjuk muka ceria lebih2 lagi kalau kita nk pergi tolong orang susah, kalau nk tunjuk muka masam, baik jgn pergi, duk diam2 kat rumah, badan tk penat, org pon tk sakit mata tgk muka kita....". Nasib baik ayah dan abang pernah bagi ceramah kat saya masa saya remaja dulu.

Ya Allah, betapa lemahnya diri saya........mengikut perasaan dan pentingkan diri sendiri. Cubalah tgk kaum ibu, sanggup tinggalkan suami dan anak2 di waktu weekend demi program ni.
Alhamdulillah, program tersebut diselesaikan dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari. Program ini adalah kerjasama PETRONITA dan BAKIP. Orang kuat program adalah Kak Jess dari PETRONITA, orang kuat dr sebelah BAKIP saya tk sure sapa....Program menjadi lebih bermakna bila our GM dan SKOMC (BFA) turut sama turun padang menyertai program donation itu.
Bersama Kita Dekati Masyarakat...
Moga saya akan insaf....dan mintak maaf dengan sikap saya yg agak bermalas-malasan
Ini org kuat program...Kak Jess yg sentiasa ceria...
Ini pula GM PCSB SKO, PETRONITA Chairlady dan Assistant Chairlady kat salah sebuah rumah yg kami lawati

Brg2 donation

Tugas saya hari ini adalah ambil gambar...tapi tk byk gambar saya ambil sbb saya tk reti nk cari sudut menarik bila ramai org.....