Sunday, April 18, 2010

Sunset @ Betty Offshore

Assalamualaikum....

Indahnya matahari terbenam membuatkan aku terfikir kebesaran kekuasaan-Nya.

Photo taken @ Betty offshore, Miri Sarawak on 11th April 2010

Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan. (Ayat 7: Surah Ar-Rahman).


Tuhan (yang memelihara) dua timur (tempat terbit matahari) dan Tuhan (yang memelihara) dua barat (tempat terbenam matahari). (Ayat 17 : Surah Ar-Rahman)


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ayat 18 : Surah Ar-Rahman). Ayat ini diulang berulang kali di dalam Surah Ar-Rahman, menunjukkan nikmat kurniaan Allah terhadap makhluknya adalah teramat byk dan luas.

Resipi Mee Celup

Sepatutnya, mee celup tkde telur rebus, tp nmpaknya chef ini telah meng'alter' sedikit bhn2 nya.

Assalamualaikum....

One of my favorite food. I think it only available in Kelantan, yg pakar dlm masak mee celup adalah Kelantan keturunan Siam….hehe. My friend Jid (yg ada darah Siam) kata, mee celup yg paling best adalah kat Pasir Mas which is at my hometown. Pasir Mas adalah salah satu bandar yg hampir dengan Golok, Thailand.

Mee celup adalah berbeza dgn mee sup sbb ianya tidak dimasak, mee celup hanya direndam dengan kuah soup apabila kuahnya sudah masak. Semua bhn2 nya tidak dimasak bersama2 kuahnya, termasuk sayur kangkung dan ikan bilis. So, mmg fresh la mee celup ni.

Yg kena ada dlm mee celup adalah kangkung, cili hijau jeruk, ikan bilis goreng, kacang tumbuk. Tak sabarnya nk balik Pasir Mas.


Cara-cara membuatnya:


Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut lembu (or tulang lembu) dan daging lembu sehingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Cara-cara menyediakan mee celup


Keluarkan perut lembu dan daging lembu dari kuah sup yang telah masak, hiris perut lembu dan daging lembu halus-halus, tapi jgn halus sgt. Celupkan mee kuning, bihun, kuew tiew ke dalam kuah sup, kemudian angkat dan toskan. Lepas tu, masukkan dalam mangkuk dan tambahkan kangkung,kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, cili jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis. Last sekali, curahkan kuah sup (panas) tadi ke atas campuran bahan2 mee celup di atas.

p/s: Tulis resipi macam pandai masak, padahal nk goreng ayam pon tk pass. Actually, saya selalu tgk makcik2 kat Kelantan menyediakan mee celup, mmg ada kelas. Cara penyediaannya nampak so fresh.

Wednesday, April 14, 2010

Aku rindukan sahabat2 ku...

Saya dan Leen semasa farewell Mr Saheed
Assalamualaikum....

Akhirnya, kerjaku dekat Betty berjaya di'commission' last Sunday (11/04/2010).

Isnin itu terus masuk office, masuk office terus cari kawan2....Argh...rindunya dekat kawan perempuan. 9 hari kat offshore tk jumpa kawan perempuan pun.Asyik jumpa kawan lelaki jer. Letak jer beg, terus cari Cinet. Kat tmpat Cinet, terjumpa ngn Ira sekali. Ajak diorg pergi breakfast. Time tu diorg tgh mkn roti. Tp saya rasa diorg pon rindu kat saya, sbb tu diorg setuju nk spend time breakfast with me that morning.

Time lunch pergi lunch dengan Leen, rindu kat Leen jgk....Leen kat teruknya kulit Rubi. Aku gelak2 jer. Leen ckp lagi kesian kat kulit. Hrmm...apa yang Leen ckp tu betul. After 9 days dekat offshore, mmg kulit muka dan tangan rasa mcm bertambah gelap dan kasar. Sukma pon kata mcm tu jgk...."Kulit akak makin gelap". Tapi tkpela, tk kisah sgt pon, nnti okla balik tu. Korbankan kulit demi mendapat ilmu dan pengalaman berharga sebagai seorg engineer.

Chatting dengan Salwa jgk through communicator.

Ptg tu pergi jumpa Ummu Uwais, tk sabar lagi nk jumpa dia since dah lama tk jumpa dia sejak beberapa bulan lepas. Ummu Uwais demam ptg tu, kesian dia. Tapi dia berseri2, maklumlah sudah bergelar seorg isteri. Perjumpaan dengan Ummu Uwais seperti biasa adalah amat menenangkan hatiku. Kata2 dia membakar semangat saya untuk bertambah rajin bekerja.

Saya bercerita dekat dia pengalaman di offshore. Saya ckp yg saya struggle to do the best while I'm at offshore sbb saya nk tunjuk dekat masyarakat yg 'Muslimah Can Do it'. Tapi dalam masa yg sama, saya tertanya2 diri saya sendiri, adakah jalan yang saya pilih ini betul, bolehkah seorg muslimah menceburkan diri dalam dunia pekerjaan yang dipelopori oleh golongan lelaki.

Jawapan Ummu Uwais menenangkan saya, “Jangan membazirkan kepakaran mu. Kita bekerja bukan untuk mencari duit semata-mata tetapi juga untuk menyumbang kepada pembangunan ummah. Cuba bayangkan semua wanita yang bekerja itu adalah wanita yang tidak mempunyai fikrah agama, tentulah tiada orang yang hendak membetulkan kepincangan masyakarat. Memang kita tidak menyampaikan dakwah semasa bekerja, tetapi sekurang2 nya kita menunjukkan contoh yang baik seperti menutup aurat, menjaga solat, bekerja dengan jujur dan sebagainya” Masyaallah, jawapan Ummu Uwais telah membuka mataku. Aku siap menambah lagi, “Betul ckp Ummu, kalau pasal jaga anak nanti, kita outsource la dekat maid, bagus apa dptlah maid itu mencari rezki”. Ummu Uwais tergelak2 dgn jawapan saya.

Selasa pergi offshore lagi untuk clear punchlist. Balik offshore, lepas solat dan makan, terus call sahabat baik since dekat university, Majidah. Cerita itu dan ini sampai pukul 11 mlm. Sahabat saya itu kata bila saya menjadi seorg isteri dia percaya saya akan menjadi isteri yang baik….Hrmm…saya antara percaya ngn tidak kata2 dia sbb saya rasa mcm saya ada ciri menjadi isteri yang suka membebel. Hehe. Dia kata dia believe saya tahu tanggungjawab seorg isteri dan dia nampak saya seorg yg suka berterus terang kalau ada yg saya tk puas hati.

Arini saya ambik cuti, sbb penat. Tak tahu kenapa penat. Org lain pergi offshore jugak, tp tkde la penat sampai kena ambil cuti. May be saya tk biasa lagi kot kerja kuat. Saya pergi keluarkan duit ASB sbb nk byr down payment kereta yang saya beli untuk Ayah. Tk sangka duit ASB saya dah byk, tiap2 bulan buat potongan gaji. Even dah keluarkan td, masih ada lagi baki.Lepas tu pergi Emart beli brg2 sket, kemudian nampak CD Ketika Cinta Bertasbih, terus beli. Pergi kedai buku beli majalah Nur dan akhbar I Luv Islam. Sapa nk pinjam CD, majalah dan akhbar, bagi tau la ye. Happy to lend it to all of you.

Best tgk Ketika Cinta Bertasbih, watak utama Anna Althafunnisa, cantik sgt!!!. Cuma saya susah sket nk pronounce Althafunnisa, apa ek maksudnya??

Sunday, April 4, 2010

Experience during construction activities

Thanks Cinet for the good company. Sorry for bringing you berpanas di bawah cahaya matahari
PSALM 1 - the vessel that brought project materials from Labuan

Assalamualaikum....


I just came back from Betty offshore after 3 days 2 nights staying onboard. Perasaan saya sewaktu staying onboard hanya Tuhan yang tahu. Berperang dengan masalah kerja dan berperang dengan diri saya sendiri.


Pengalaman baru menjaga construction activities dekat site. I tried to observe whether the contractor that work under my supervision perform their prayer or not. I could not see their pray, I asked my friend whether I should ask them whether they have performed their daily prayer or not. For the first day, I didn't dare to ask. Back to Baronia quarter, I discussed with my friend what I should do in order to instill the true Islamic environment in the heart of our team since all of us are Muslims. I came to a conclusion, I must be brave.


For the second day, I have asked two of them to perform their prayer. Today is the third day, I have dare to say to all of them that, "Daily prayer is important in our life". One of them said I'm not pray, but saya terharu bila dia berkata "Saya suka tgk org yg sembahyang". Saya balas balik "Baiklah, kalau mcm tu setiap kali tiba waktu solat, saya akan ingatkan kamu supaya solat" kata saya sambil tersenyum.
Esok saya berhenti rehat 1 hari kerana ada problem sedikit dari segi materials.


I want to say thanks to Betty operation for their hospitality. Thanks also to Bokor and BNQ operation for the hospitality.

Thursday, April 1, 2010

Saje menulis, moga tulisan yg bermanfaat


Assalamualaikum....


Semenjak dua menjak ni, saya selalu bermuhasabah sendiri "Aku hanyalah insan biasa yang tidak mempunyai apa2. Jauhkanlah diriku dari rasa riak dan buruk sangka, moga diriku terdiri dari orang yang bersabar atas segala ujian dan orang yang hari ini nya lebih baik dari semlm"


Ptg td, semasa jumpa BPD-N in order to get his approval for project's work pack, saya terlupa mcm mana nk kira cable sizing. Huhu......That is basic and I should know it by heart, tp entahlah kenapa blur sgt td, sampai satu formula pon saya tk ingat. Malu jgk la sbb tk ingat benda yang saya sepatut ingat by heart. Nampaknya, saya perlu duduk dan merenung balik beberapa formula, concept and principles.


Actually, saya dah tertido pada pukul 8.45 p.m td tnpa makan mlm sbb saya penat sket hari ni. Hari ini byk kerja kat office, tk sempat nk g tgk org main squash ngn dart. Huhuhu. Saya tersedar balik pada pukul 11.00 p.m. Oh no, tk kemas lagi utk pergi offshore esk. Sebelum berkemas, saya meluah perasan kat blog dulu, sambil mkn nasi goreng yg saya tapau kat CTR masa balik kerja td.


Saya dah pikir lepas habis construction activities kat Betty, saya nk spend some time for myself. Nak utilize my unrecorded leave utk pergi shopping, pergi facial dan pergi beli almari cabinet kat dapur. Dah lama tk shopping sampai saya rasa baju dan tudung saya semua yg lama. Pinggan mangkuk kat dapur pon mcm tk tersusun sket, so saya nk beli satu almari kabinet utk letak pinggan mangkuk tersebut, then kat atas cabinet tu saya blh ltk oven. Sebenarnya, kat dapur rumah sewa kami ni byk brg, semua ada, kettle,rice cooker, hand mixer, blender, oven, pinggan mangkuk kalo nk buat kenduri utk sepuluh org pon boleh. Saya dah lama terpikir nk beli almari cabinet tu, tapi selalu tangguh2 atas alasan tkde duit.


Semlm saya ada beli Tafsir Al-Quran baru dengan Kak Izyan. Harga dia RM 150, tp belum byr sbb smlm masa usrah saya tk bwk duit dan tk expect pon Kak Yan ada jual tafsir tu. Saya dah 2-3 hari terpikir2 nk beli tafsir tu, saya pernah nampak masa kursus Al-Barqy kat office saya. Tapi time tu saya berkira sket, so tk jadi beli. Lepas tu, saya menyesal sbb tk beli. Tapi alhamdulillah, berjaya beli juga akhirnya. Cuma tk sempat baca lagi tafsir yang cantik dan menarik tu.


Lepas habis kerja kat Betty, saya nk cuti 3 hari la.....hehehe.1 hari utk pergi shopping, 1 hari kemas rumah dan facial, satu hari utk belek2 mana2 buku yg belum habis dibaca.


Note : Alhamdulillah, pentaque pasukan saya dpt champion for PETRONAS Miri Games. I'm part of the pentaque team, happy jgk la walaupun saya main tk terrer. Happy sbb adik saya main dgn bagus.