Sunday, February 6, 2011

Mengambil Pelajaran Dari Kesabaran Nabi Ayub

Assalamualaikum....

Buat teman2 di luar sana....

Mlm ini saya ingin berkongsi satu tazkirah iaitu kisah kesabaran Nabi Ayub. Nabi Ayub merupakan seorang Nabi yang kaya raya dan hidup harmoni bersama keluarga beliau. Sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang Nabi, beliau tidak alpa dengan kesenangan yang beliau perolehi. Hidupnya sentiasa dipenuhi zikir dan ibadah kepada Allah. Syaitan berasa iri hati dan dengki kepada Nabi Ayub, lalu ingin menyesatkan Nabi Ayub. Syaitan meminta izin kepada Allah untuk menguji Nabi Ayub dengan mendatangkan musibah kepada harta benda dan keluarga Nabi Ayub. Tentera Iblis telah memusnahkan harta Nabi Ayub dan Nabi Ayub juga telah diuji dengan semua anak-anaknya meninggal dunia. Namun iman Nabi Ayub tetap teguh. 

Lalu syaitan meminta izin lagi untuk menyakitkan badan Nabi Ayub. Allah berkata kepada syaitan, "Kamu hanya mampu menyakitkan badannya tapi tidak hatinya (syaitan tidak akan mampu mengubah keteguhan iman Nabi Ayub terhadap Allah). Mmg benar kata-kata Allah, Nabi Ayub tetap teguh imannya walaupun diuji penyakit kulit sehingga beliau dipulaukan oleh masyarakatnya kerana takut berjangkit. Hanya isterinya seorang yang setia menjaga beliau. Beliau tidak pernah meminta supaya Allah menyembuhkan penyakitnya kerana beliau malu terhadap Allah yang selama ini memberinya banyak nikmat dan kesenangan, iaitu kesenangan selama 70 tahun dan bagi beliau apalah kiranya menderita penyakit kulit selama 7 tahun jika hendak dibandingkan dengan kesenangan tersebut.

Akhirnya Allah telah menyembuhkan penyakitnya dengan mengeluarkan air dari hentakan kaki beliau. Beliau mandi dan minum dari air tersebut. Allah juga telah mengembalikan keluarga, harta dan sejumlah nikmat dan kebaikan kepada beliau selepas itu.

Saudaraku.....

Bayangkan betapa sabarnya Nabi Ayub, walaupun diuji dengan sebegitu getir, hatinya tetap mengingati Allah. Kita hari ini bagaimana?? Saya bercakap mengenai diri sendiri yang kadang2 kurang mengingati Allah pabila tiba saat diuji. Sering berfikir mengapa begitu. mengapa begini. Astagfirullah, ya Allah ampunilah kelalaian daku dari mensyukuri nikmatmu dan kelalaian dari menyerahkan kebergantunganku kepada-Mu. Ya Allah tingkatkanlah imanku dan ringankanlah badanku untuk mengerjakan ibadah terhadap-Mu. Moga aku adalah hamba-Mu yang mendapat petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. 

Wassalam