Saturday, June 25, 2011

Lawatan yang bermakna

Assalamualaikum...

Penguin will make me remind Dewi IPG
Lamanya tk menulis, teruja sekali untuk menulis. Lawatan yang bermakna, petang tadi saya dikunjungi oleh Ummu Anas. Saya rasa kedatangannya sungguh bermakna skali. I respect her dalam setiap kesabaran dan semangat beliau sebagai seorang daie dan pejuang dakwah. Dia datang kerana ingin mengajak saya menemani dia ke suatu tempat, namun kerana saya terlambat, akhirnya dia pergi dengan baby Anas jer. Tapi otw balik, dia singgah di rumah saya dan kami pergi beli goreng pisang bersama-sama. Walaupun 10 minit je berjumpa, namun ianya cukup menenangkan hati. Mungkin inilah yang dikatakan ukhuwwah.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat

Assalamualaikum w.b.r.t,

Saya rasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.

My beloved Mek after walkabout at Taman Bulatan Miri
Kedatangan bonda tercinta ke Miri juga merupakan nikmat daripada Allah. Kedatangan Mek menjadikan hidup saya lebih teratur, lebih bersemangat dan lebih matang. Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan tanggungjawab yang tidak sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya. Setiap perkara yang berlaku ada rahmat di sebaliknya, yang penting kita berfikiran positif.

Mek, sejak datang ke Miri, hidupnya lebih ceria dan bersemangat, mungkin terkena aura anaknya (saya) yang sentiasa berfikiran positif. Saya rasa terharu bila balik bekerja dan melihat halaman rumah bersih, kasut dan selipar semuanya tersusun rapi, baju2 yang dibasuh sudah siap dilipat,food untuk dinner sudah siap dimasak. Saya juga rasa gembira kerana I able to contribute something to people and that people is the most beloved and the most important person in my life.

Ada ayat Quran yang kalau tk silap berbunyi "Berbuat baiklah kamu terhadap kaum kerabat terdekat".

Sementara itu, Rasulullah pernah bersabda terhadap seorang sahabat yang lebih kurang berbunyi "Jika kau menjadi asbab seseorang manusia berubah, maka perkara itu adalah lebih baik daripada beribadat seribu tahun". 

Saya berdoa agar cousin saya akan terbuka hati untuk datang ke Miri, untuk tinggal bersama-sama saya dan Mek. Saya ada sedikit planning untuk dia jika dia hendak datang tinggal di Miri, iaitu hantar dia ke kelas jahitan atau suruh dia buat business online.