Assalamualaikum….
Saya tersedar pukul 10.49 p.m selepas tertidur ketika landing2 atas katil selepas berbuka puasa tadi. Waktu berbuka dekat Miri adalah 6.35 p.m, so dlm 7.20 p.m. saya dah siap makan dan landing2 atas katil.Actually, I’m not fasting pon, diberi cuti dari berpuasa.
Saya tersedar pukul 10.49 p.m selepas tertidur ketika landing2 atas katil selepas berbuka puasa tadi. Waktu berbuka dekat Miri adalah 6.35 p.m, so dlm 7.20 p.m. saya dah siap makan dan landing2 atas katil.Actually, I’m not fasting pon, diberi cuti dari berpuasa.
Selepas waktu berbuka, saya belek2 la workscope of my project that I gonna have to discuss with OPERATION team via teleconference esok. Tak tahu la mcm mana saya boleh tertidur. Bila saya tersedar, saya malas nk bangun. Tapi terpaksa kuatkan semangat jgk bgn kerana I still not take off my contact lens. I pergi gosok gigi dan cuci muka. Saya decide malas nk mandi sbb dah malam sgt. Keluar bilik, saya kemas2 mkanan yg tk habis waktu berbuka td dan basuh pinggan. Huhu, sebenarnya byk kerja jadi wanita berkerjaya ni….Bestnya kalau ada pembantu rumah….Hahahaha, main2 jer statement td.
Btw, skrg dah pukul 12.30 a.m, waktu tidur.
It gonna be a hectic weekend for me for this weekend as I will travel to Temana offshore from Saturday to Monday next week. I only back to Miri on Tuesday. Sedihnya nk tinggal Miri sbb banyak aktiviti saya kat Miri ni. Huhu…….insyaallah saya akan bawa Tafsir Quran, at least dapatlah saya isi waktu lapang lepas balik dari Temana dengan membaca Tafsir. Harap-haraplah betul2 baca, jgn ckp jer…tapi alih2 buat benda lain bila sampai Bintulu nanti.
Btw, I am also excited to go to Temana as this my first time, cuma risau sket la takut nnti asyik bekerja lupa pulak nk spend time baca quran, solat Terawih dsb. Bersungguh-sungguh dalam bekerja itu penting kerana tidak bagus kalau bekerja sambil lewa, nnti tk berkat duit gaji. Lagipun, cendekiawan Islam zaman dahulu kala merupakan orang2 yg berjaya dalam kerjaya mereka. Contohnya, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dsbnya. But, on top of that, dari pembacaan saya mereka juga merupakan orang yang taat dalam beragama. Begitulah kehidupan umat Islam, agama dan kehidupan dunia perlu seiring.
Saya masih jauh lagi untuk mencapai tahap tersebut, kekuatan iman masih perlu dibina, keyakinan dalam berkerjaya juga masih perlu dibina. Ilmu tentang agama Islam, masih banyak perlu dipelajari. Kadang2 sedih bila teringat saya telah byk mensia-siakan usia remaja saya dengan tidak terlalu mengambil berat pasal ilmu agama. Nasib baiklah, saya dilahirkan dalam family yg agak OK, iaitu dalam sebuah keluarga yg practice Islam walaupun kami bukanlah golongan alim ulama. Dan nasib baiklah, saya belajar di sebuah sekolah menengah yang menekankan pelajar2 nya untuk hidup dengan tatacara hidup Islam (solat jemaah, wajib memakai tudung, kena attend usrah every weekend, tak boleh bergaul bebas lelaki dan perempuan). Sistem pendidikan saya sewaktu saya remaja sudah bagus, tapi time remaja saya sedikit ‘rebel’. Masyaallah…..nasib baik Allah masih menyayangi saya, walaupun waktu remaja saya agak ‘rebel’ dengan system yg diterapkan di sekolah dan rumah saya, tetapi bila sudah hampir mencecah umur 25 tahun ini,saya teringat2 balik perangai saya waktu form 1-form 5 dulu. Terima kasih SMACH, dan terima kasih ayah kerana atas segala didikan dan terima kasih kerana tidak pernah membenarkan saya meninggalkan SMACH walaupun saya menangis bagai nk rak kerana tidak suka belajar kat SMACH. Terima kasih juga Mek atas kasih sayang dan sentuhan keibuan.
Ilmu kejuruteraan Elektrikal kuasa juga banyak yg saya harus pelajari. Begitu juga dengan ilmu untuk menguruskan kerja2 harian saya di pejabat. Saya masih perlu banyak belajar agak kerja saya lebih efisyen dan tersusun.
Okla, sekian dulu dah panjang lebar meluah perasan. Dah pukul 1.14 pagi…
Semoga kita akan terus beristiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab kita.. kita bekerja seakan-akan kita hidup seribu tahun lagi dan kita beramal seakan-akan kita akan mati di hari esok... Salam ramadhan
ReplyDelete