Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Mengambil Pelajaran Dari Kesabaran Nabi Ayub

Assalamualaikum....

Buat teman2 di luar sana....

Mlm ini saya ingin berkongsi satu tazkirah iaitu kisah kesabaran Nabi Ayub. Nabi Ayub merupakan seorang Nabi yang kaya raya dan hidup harmoni bersama keluarga beliau. Sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang Nabi, beliau tidak alpa dengan kesenangan yang beliau perolehi. Hidupnya sentiasa dipenuhi zikir dan ibadah kepada Allah. Syaitan berasa iri hati dan dengki kepada Nabi Ayub, lalu ingin menyesatkan Nabi Ayub. Syaitan meminta izin kepada Allah untuk menguji Nabi Ayub dengan mendatangkan musibah kepada harta benda dan keluarga Nabi Ayub. Tentera Iblis telah memusnahkan harta Nabi Ayub dan Nabi Ayub juga telah diuji dengan semua anak-anaknya meninggal dunia. Namun iman Nabi Ayub tetap teguh. 

Lalu syaitan meminta izin lagi untuk menyakitkan badan Nabi Ayub. Allah berkata kepada syaitan, "Kamu hanya mampu menyakitkan badannya tapi tidak hatinya (syaitan tidak akan mampu mengubah keteguhan iman Nabi Ayub terhadap Allah). Mmg benar kata-kata Allah, Nabi Ayub tetap teguh imannya walaupun diuji penyakit kulit sehingga beliau dipulaukan oleh masyarakatnya kerana takut berjangkit. Hanya isterinya seorang yang setia menjaga beliau. Beliau tidak pernah meminta supaya Allah menyembuhkan penyakitnya kerana beliau malu terhadap Allah yang selama ini memberinya banyak nikmat dan kesenangan, iaitu kesenangan selama 70 tahun dan bagi beliau apalah kiranya menderita penyakit kulit selama 7 tahun jika hendak dibandingkan dengan kesenangan tersebut.

Akhirnya Allah telah menyembuhkan penyakitnya dengan mengeluarkan air dari hentakan kaki beliau. Beliau mandi dan minum dari air tersebut. Allah juga telah mengembalikan keluarga, harta dan sejumlah nikmat dan kebaikan kepada beliau selepas itu.

Saudaraku.....

Bayangkan betapa sabarnya Nabi Ayub, walaupun diuji dengan sebegitu getir, hatinya tetap mengingati Allah. Kita hari ini bagaimana?? Saya bercakap mengenai diri sendiri yang kadang2 kurang mengingati Allah pabila tiba saat diuji. Sering berfikir mengapa begitu. mengapa begini. Astagfirullah, ya Allah ampunilah kelalaian daku dari mensyukuri nikmatmu dan kelalaian dari menyerahkan kebergantunganku kepada-Mu. Ya Allah tingkatkanlah imanku dan ringankanlah badanku untuk mengerjakan ibadah terhadap-Mu. Moga aku adalah hamba-Mu yang mendapat petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. 

Wassalam

Friday, December 17, 2010

Lelaki dari hujung kota

Satu perjalanan yang jauh - Gambar sekadar perhiasan
Assalamualaikum....

Sebuah cerita buat pembaca yang budiman....

Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki dengan bergegas-gegas. Dia berkata, "Wahai kaumku! Ikutlah utusan-utusan itu, ikutlah orang yang tiada meminta sesuatu balasan kepadamu dan mereka adalah orang2 yang mendapat petunjuk.

Thursday, December 9, 2010

Not every flower can represent love

Assalamualaikum....

Dear My Beloved Readers,

Let me share with you about a beautiful phrase sent by my friend......


"Not every flower can represent love, but roses did it
Not every tree can stand thirst, but cactus did it
Not all Dai’e stay istiqomah, may ALLAH let us did it"

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 H

Assalamualaikum…..

Air sungai yang mengalir - sejuk dan indah
Buat semua pembaca budiman, saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H. Tinggalkan perkara lagho dan tidak berfaedah dan marilah kita berhijrah kepada tingkah laku dan perbuatan yang lebih baik.

Seperti isi tazkirah seorang ukhti di kuliah Subuh pada pagi kelmarin (Ahad). Orang yang berhijrah itu ibarat air sungai yang sentiasa mengalir – bersih, suci dan bermanfaat untuk seluruh kehidupan. Orang yang tidak mahu dan tidak berani untuk berhijrah adalah seperti air kolam yang bertakung-stagnant dan tidak ke mana. So, mahu berhijrah???

Sunday, October 17, 2010

Learn from nature that created by Allah

Assalamualaikum...

Betapa indahnya alam ciptaan Allah, pokok2, anak sungai, air terjun, serangga dsb, Subhanallah, Allah Maha Berkuasa Mencipta sesuatu dan penciptaan-Nya amatlah teliti dan halus....



Kami amat menghargai alam ciptaan Allah. Sempena hari cuti TYT Sarawak, kami telah berpicnic di Lambir National Park, Miri. Program ini juga dapat menyihatkan badan kami dan menguatkan fizikal kami. Salah satu ciri muslim yang baik adalah yang sihat tubuh badannya…..


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. 

(Surah Ali-Imran : Ayat 190-191)

Wednesday, September 29, 2010

Menjaga Akhlak Pergaulan Muslimin dan Muslimah

Salam....

Mlm ini saya sempat membaca satu artikel di http://www.iluvislam.com/ mengenai cinta kampus. Satu inti penting yang saya dpt ambil dari artikel tersebut ialah kepentingan menjaga akhlak pergaulan di antara muslimin dan muslimah terutama bagi orang yang ingin membawa risalah dakwah.

Saturday, August 28, 2010

Bumi Cinta

Assalamualaikum....

Seuntai kata-kata buat pembasah jiwa......

"Bagi orang beriman, di mana pun dia dapat sujud dan rukuk kepada Allah, maka dia telah menemui bumi cintanya.Lantaran itu, sesungguhnya dunia ini adalah bumi cinta bagi pencinta Allah Taala. Bumi cinta inilah yang akan menghantarkan mereka ke bumi cinta yang lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu syurga Allah."
Dipetik dari Novel Bumi Cinta

Sunday, August 1, 2010

Orang yang mengajar

Salam...

Just to share kata2 Saidina Ali Karamallahu Wajhah..

Orang yang mengajar adalah orang yang belajar.

(p/s: I managed to finish read two books, Kisah Saidina Ali bin Abu Talib dan Kisah Salahuddin Al-Ayubi in this wiken)

Sunday, April 18, 2010

Sunset @ Betty Offshore

Assalamualaikum....

Indahnya matahari terbenam membuatkan aku terfikir kebesaran kekuasaan-Nya.

Photo taken @ Betty offshore, Miri Sarawak on 11th April 2010

Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan. (Ayat 7: Surah Ar-Rahman).


Tuhan (yang memelihara) dua timur (tempat terbit matahari) dan Tuhan (yang memelihara) dua barat (tempat terbenam matahari). (Ayat 17 : Surah Ar-Rahman)


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ayat 18 : Surah Ar-Rahman). Ayat ini diulang berulang kali di dalam Surah Ar-Rahman, menunjukkan nikmat kurniaan Allah terhadap makhluknya adalah teramat byk dan luas.

Saturday, March 20, 2010

Ingatan untuk diri sendiri


Assalamualaikum....


Alhamdulillah, saya masih mempunyai kesempatan dan kekuatan utk menulis di blog ini. Akhir2 ini, saya agak sibuk and 'in no mood condition'. Entah kenapa jadi 'no mood' mungkin sbb saya kecewa dengan diri sendiri.Sering kali saya ditarbiah di dlm usrah dah pelbagai program, namun kekuatan jiwa masih lagi lemah.Nampaknya, saya perlu masa yg lama utk membina kekuatan jiwa, utk betul2 memahami budaya dan tatacara hidup yg digariskan oleh Islam. Meneliti terjemahan Al-Quran adalah salah satu cara untuk menguatkan kefahaman kita terhadap ajaran Islam. Indah sekali ayat2 Al-Quran. Terjemahan ayat2 Al-Quran itu adalah amat menusuk hati bagi orang-orang yang berfikir dengan akal dan mata hati.


Salah satu yg naqibah suruh hafal adalah ayat 14, surah Ali Imran yg bermaksud:


Dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.


Salah satu lagi terjemahan ayat untuk dikongsi adalah ayat 208, Surah Al-Baqarah yg bermaksud,


Wahai orang2 beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah2 syaitan.Sungguh, ia musuh yg nyata bgmu.


Apakah maksudnya, masuk ke Islam secara keseluruhan?? Maksudnya kita harus menjadikan Islam sebagai tatacara hidup kita. Islam bukan setakat di masjid, Islam bukan setakat sembahyang, puasa, menutup aurat, tetapi Islam meliputi sistem jual beli, sistem ekonomi, sistem perbankan, sistem politik dan pemerintahan negara. Islam juga mempunyai garis panduan mengenai hubungan kejiranan, garis panduan pergaulan lelaki dengan perempuan dan sebagainya. Remember, "masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan". Jadi jgn ambil hukum Islam itu separuh2.


Islam is the way of life and every Muslim should proud because they have chosen to be a Muslim.




Saturday, January 16, 2010

Muhammad Al-Fatih

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan....mari kita sama-sama renungi kisah hebat penakluk kota Istanbul, Turki. Artikel diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih.
Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Biografi
Muhammad II dilahirkan di Edirne (Adrianapolis, Turki) yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) dan ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi, dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

" Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera".
Kelebihan Muhammad Al-Fatih Mengikut Sejarah
Seorang sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Jasa dan Sumbangan
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
Catatan Lady Ambitious:
Semoga akan wujud dari keturunanku mujahid dan mujahidah yang hebat seperti Muhammad Al-Fatih.Insyaallah....Ameen.

Thursday, January 14, 2010

Rajanya sebaik-baik raja

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”


(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Siapakah yang dimaksudkan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ni??? Ciri-ciri dirinya adalah beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak beliau mencapai umur baligh. Bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan diri kita hari ini....
Tunggu di post yg akan dtg saya akan revea; dengan lebih lanjut siapakah yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ini.

Wednesday, December 2, 2009

Persahabatan dan perjuangan

Assalamualaikum....


Sila hayati dua potong ayat yang dipetik dari Surah Al-Qasas, yang menceritakan kisah Nabi Musa memohon kepada Allah supaya saudaranya, Nabi Harun diutuskan bersama-samanya untuk membantunya menyampaikan risalah dakwah.


Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku; sungguh, aku takut mereka akan mendustakan ku.


Ayat 33, Surah Al-Qasas


Dia (Allah) berfirman, Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang.



Ayat 34, Surah Al-Qasas



Pentingnya kita mempunyai teman dalam setiap perjuangan…....


Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain, kata2 bedtime story yang disampaikan Ummu Uwais tidak lama dulu…….kalau bermanfaat dekat sahabat sendiri, lagi la bagus kan……



Indahnya persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Di waktu bersembunyi di Gua Thur semasa hijrah dari Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat Rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan yang teramat sangat, air matanya mengalir jatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbanan ini tercatat dalam Surah At-Taubah, Ayat 40.

Okla, setakat itu dulu sharing saya buat kali ini.







Qurratu A'yun

Assalamualaikum....

Qurratu A'yun maksudnya penyejuk mata. Kalau Qurratu 'Aini = Penyejuk Mataku, dapat anak perempuan, letak la nama Qurratu 'Aini or 'Aina....cantik maksudnya.

Sila baca Ayat 74, Surah Al-Furqan ada kaitan dengan perkataan Qurratu A'yun. Elok amalkan ayat ini sebagai doa selepas solat.


Dan orang-orang yang berkata,“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”

Surah Al-Furqan, Ayat 74.