Friday, December 25, 2009

My sensitivity

Assalamualaikum....
Aerobic @ Pattani's school

Pattani's Women

Assalamualaikum...


Bila saya melihat orang Pattani, Selatan Thailand di kaca TV ataupun hanya mendengar berita di radio, saya rasa tersentuh. Hati saya seperti berkata, mereka lah saudaraku, mereka lah keturunanku.Saya tidak tahu mengapa, padahal saya tidak pernah ke Pattani dan saya tidak ada saudara di Pattani. Cuma abang saya memberitahu keluarga kita berasal dari Pattani.


Apabila saya melihat orang2 Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh yang susah2 juga hati saya tersentuh kerana wajah mereka seperti wajah ayah saya. Sekali lagi saya ingin katakan saya tidak mempunyai saudara di Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh. Cuma bila melihat kesusahan mereka saya rasa tersentuh sehingga saya terfikir beginilah nenek moyang aku dulu, susah2 naik kapal laut, meredah samudera, mengembara berbulan-bulan demi mencari rezeki, berdagang di tempat asing sambil menyebarkan budaya Islam. Sebab itulah bila saya pergi offshore, walaupun penat sedikit atau kadang2 tu penat sgt2, saya masih pujuk hati saya, lautan dan samudera adalah duniaku sejak zaman nenek moyangku, jadi sabar jgn nk jadi manja.Owh…sedihnya saya masih tidak mahir swimming.


Saya membuat kesimpulan sendiri, saya keturunan pengembara dan pejuang. Saya tidak tahu siapa nenek moyang saya, cuma hati saya seperti mengatakan mereka adalah pengembara dan pejuang. Mereka mengembara untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia. Jadi,saya tidak terkilan sekarang saya bekerja jauh dari kampung halaman saya kerana saya memang dilahirkan untuk mengembara dan memperjuangkan Islam.


Bila ibu saya berkata, “Mintaklah pindah Kerteh”. Saya pasti menjawab, “Saya gembira di Miri”. Perjuangan saya untuk diri sendiri dan orang lain masih belum selesai, saya perlu di sini. Tunggu sampai saya kahwin, baru saya decide nak pindah atau tidak. Memang saya rindu sangat dekat family dan kampung halaman, tapi saya perlu berada di Miri supaya saya rasa susahnya hidup di tempat orang. Kalau di tempat sendiri tentu saya lebih rileks, tentu mudah sahaja saya nk mempengaruhi orang lain kerana persamaan budaya dan pemikiran. Tetapi bila di tempat orang, saya perlu terlebih dahulu memahami budaya masyarakat setempat dengan mendekati masyarakat dan membina keyakinan diri dan kepimpinan diri.


Kata-kata yang menyedarkan saya, “Ramai sahabat Nabi meninggal dunia di luar Kota Makkah dan Madinah kerana mereka mengembara ke seluruh pelusuk dunia.Cthnya Saad bin Waqqas mengembara ke China dan Abdullah bin Mas'ud mengembara ke India. Mereka sanggup meninggalkan Masjidil Haram yang pahala sembahyang di masjid itu lebih besar daripada sembahyang di tempat lain kerana menyebarkan Islam itu lebih penting bagi mereka”. Saya tidak bermaksud tempat asal saya lebih baik fahaman Islamnya dari Miri, fahaman Islam masyarakat Miri juga ok, tapi saya perlu berada jauh dari family dan tempat asal saya supaya saya menjadi orang yang lebih berfikir dan keluar from my comfort zone.
Luahan Rasa,
Lady Ambitious
Sorry, saya menulis mengenai asal usul keturunan keluarga saya mengikut perasan bukan mengikut fakta yang sahih.

No comments:

Post a Comment