Monday, May 9, 2011

Adakah aku berada di planet yang salah

Salam....

Lately, busy sket. Tk sempat nk mengarang apa2 catatan diblog ini. Tapi sempat juga browse through blog orang, tk sangka ramai di luar sana ada posting yang menarik. Jadi walaupun diri sendiri tk sempat nk menghasilkan karya, tp nk share jugak kat sini catatan orang lain.



Catatan 23 ogos 2003 – yang baru sempat di publishkan sekarang..

Assalamu’alaikum…

Kepada anak-anakku yang dikasihi…

kadangkala aku terfikir….

ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

Bila maksiat di anggap baik dan tak jadi masalah..Bila beramal dengan Islam dianggap extreme dan jumud..Bila yang melakukan maksiat menyalahkan si pemberi nasihat kerana tidak pandai memberi nasihat… Bila yang melakukan maksiat marah kepada pemberitahu bahawa maksiat telah berlaku… sedangkan dia melakukannya terang-terangan..tanpa segan silu… di depan ratusan mata… dengan rakaman AV. Bila si da’i yang silap kerana tidak belembut dalam dakwahnya… Bila si da’i silap kerana tidak memberitahu setiap kali ada program baik….. Kesemuanya silap si da’i …. sedangkan semua kita adalah da’i..

 
ADAKAH AKU BERADA DI PLANET YANG SILAP..?

Bila masing-masing manusia muslim mengaku itu adalah maksiat..cuma perubahan perlulah slow…. perlahan-perlahan seolah mati hanya akan berlaku 20 tahun lagi… 40 tahun lagi.. Perlahan-perlahan sedangkan tangan diangkat sepontan bila tersentuh api…. kenapa perlahan-perlahan dengan api neraka..?

Bila masing-masing mendongak melihat apa aku akan jadi selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun… sedangkan kematian sentiasa mengintai-ngintainya…. berada di atas ubun-ubunnya…!

Cukup !…. aku memang bukan di planet yang betul…

 
Adakah anda semua perasan wahai anak-anakku…?

Wassalam

Source : Muntalaq Wordpress

2 comments: