Assalamualaikum…..
Air sungai yang mengalir - sejuk dan indah |
Buat semua pembaca budiman, saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H. Tinggalkan perkara lagho dan tidak berfaedah dan marilah kita berhijrah kepada tingkah laku dan perbuatan yang lebih baik.
Seperti isi tazkirah seorang ukhti di kuliah Subuh pada pagi kelmarin (Ahad). Orang yang berhijrah itu ibarat air sungai yang sentiasa mengalir – bersih, suci dan bermanfaat untuk seluruh kehidupan. Orang yang tidak mahu dan tidak berani untuk berhijrah adalah seperti air kolam yang bertakung-stagnant dan tidak ke mana. So, mahu berhijrah???
Bagi saya, untuk berhijrah tempat kerja saya belum bersedia kerana saya mencintai Miri kerana sinar tarbiyah yang saya dapat di sini. Namun, saya perlu melakukan hijrah dalam kekhusyukan dan keikhlasan dalam mengerjakan ibadah. Seperti kata seorang ukhti yang lain “Solat itu tidak berat pun jika seseorang itu betul2 memahami syahadah yang dilafazkan”.
No comments:
Post a Comment