Tuesday, November 17, 2009
Monday, November 16, 2009
My ACD Assessment Is Just Around The Corner
Sunday, November 15, 2009
Kepulanganku ke Miri
Semalam, saya pulang ke Miri setelah 2 minggu away dr office. 1 minggu pergi course, 1 minggu balik Kelantan. Sebelum balik Miri, saya kata kat kawan2 saya akan merindui Miri sebab 2 minggu away~......Ya, mmg rindu sbb kat Miri sebab there is something special in Miri that I cannot describe by words...Ceh....jiwang betul ayat.
Senang cerita, kat Miri saya suka sebab ada halaqah, taalim dan kelas Iqra'....bnyk pengisian yg membangunkan jiwa saya.Ada kelas jahitan dan swimming pool KRP utk aktiviti riadah masa lapang.Ya...saya tahu semua benda itu saya boleh dpt di tempat lain juga, tapi yg pentingnya saya start menjumpai semuanya di Miri.Saya juga mempunyai jati diri dan kekuatan diri saya diri Miri. Alhamdulillah.....thank you Allah for the right guidance.
Apapun Tanah Semenanjung amat penting buat saya, sbb itulah saya ambil cuti seminggu untuk berada di kampung Kelantan bagi merasa kehidupan di kampung bersama2 keluarga tercinta.Selepas itu, saya berada semalaman di rumah Kak Long di Bangi utk menziarahi Kak Long dan keluarga. Untuk memahami Kak Long saya sbb saya tidak membesar bersama dia walaupun kami adik beradik kandung.Petang semalam, alhamdulillah sempat juga saya jumpa sahabat baik saya, Jid sebelum bertolak ke KLIA. Kami jumpa di KL Sentral, kemudian kami ke Masjid Jamek dan Jalan Masjid India.Hujan renyai2 semalam menyebabkan saya tk sempat nk survey tudung pilihan saya. Tapi sbb mmg niat nk beli tudung, pakai sambar je la 3 helai tudung(purple, maroon dan orange lemak ketam).
Disebabkan hujan pergerakan kami terbatas, akhirnya kami berhenti makan di salah satu gerai area tersebut. Sambil makan, saya duk cerita macam2 kat Jid...pasal Piala Malaysia la, pasal itu la...ini la. Kami gelak2 tk berenti sbb saya ni suka buat lawak dan suka gelak. Jid pon sama....hehe.
Masa tunggu ERL kt KL Sentral dpt mesej dr naqibah, pagi ni ada usrah...Huhu...happy. Saya tnye seorg adik hadir tk esk...dia kata hadir...Lagi happy, sampai KLIA terus beli roti dan air kotak utk bawa pergi usrah. Semalam, bila sampai Miri saya tk terus balik rumah tp tido di apartment kawan dekat Imperial.....Ckp2 ngn Ila sampai kul 1 pagi.....
Okla...that all, saya perlu siap2 utk balik rumah dan pergi usrah..
Saturday, November 14, 2009
Luahan Rasa Mengenai Wira Merah Lagi...
Saya terpanggil untuk share artikel pada post yg sebelum ini di blog saya kerana ianya berkaitan dengan negeri kelahiran saya. Setelah membaca banyak artikel dr internet, skrg saya dpt membuat rumusan kenapa penyokong Kelantan buat perangai ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu (7th November 2009).Bukan salah penyokong 100%, ada faktor2 lain yg membuatkan mereka sebegitu. Bygkanlah kesanggupan penyokong dtg dari jauh semata2 untuk menyokong Wira Merah, dalam keadaan Negeri Kelantan ketika itu dilanda hujan tidak berhenti2 dan sesetengah tempat dilanda banjir. Saya tidak berada di stadium, namun saya seperti dapat memahami perasaan kecewa penyokong yg berada di stadium.Penyokong kecewa setelah melihat corak pemainan yang tidak seberapa pada mlm itu. Namun, ianya bukan salah pemain, saya percaya pemain sudah buat yang terbaik, itulah yg termampu mereka buat pada mlm itu.
Bagi saya pemain Kelantan yang paling menonjol dalam ingatan saya pada mlm itu adalah Farisham sbb dia selalu buat lontaran bola ke dalam. Buat Mohd Zamri Ramli pula jgn bersedih hati kerana secara tidak sengaja telah menjatuhkan pemain NS di kotak penalti. Saya tetap menyokong anda kerana saya tahu anda tidak sengaja, anda hanya ingin menyekat kemaraan pemain NS itu, sebab itulah anda tertarik bajunya. Teruskan perjuangan, anda baru berusia 19 tahun.Syabas juga buat seluruh pemain Kelantan dan pihak pengurusan kerana berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia pada tahun ini.
Buat penyokong pula, janganlah fanatik keterlaluan sampai pukul memukul, sampai mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda. Ntahla....saya tidak bersetuju dengan kejadian membakar mercun dan membaling botol. Takut terkena orang lain, lebih parah kalo kat stadium itu ada kanak2 dan wanita.
Kawan saya Noje mlm itu sempat lagi sms mengharapkan Kelantan menang, makcik tua di kampung saya yang mengambil upah membuat ketupat pon risau macam mana dengan anak2 Kelantan yg pergi menyokong di Bukit Jalil. Selamat sampaikah mereka kerana sebahagian kawasan khabarnya sudah ditenggelami air. Di rumah saya, anak saudara saya yang baru berumur 15 tahun memaksa semua orang memakai pakaian merah sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan, sampai anak saudara saya yang umur 5 tahun pon faham dan pakai baju merah jgk. Begitulah hati kami, semua orang ada kesedaran untuk menyokong pasukan kami, tak kira yg berpelajaran tinggi atau tidak. Tak kira yang cukup umur atau tidak.Malam itu bagaikan seluruh hati rakyat Kelantan berada di Bukit Jalil bersama-sama The RedWarriors.
Ok tkpe la, dah suratan takdir kami kalah, apa nk kata lagi. Tahun depan moga dapat tebus balik.Petang ini saya nk jumpa kawan saya, Jid yang merupakan penyokong tegar The RedWarriors.
Wira Merah oh Wira Merah
Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?
Friday, November 13, 2009
Akhirnya wira merah kalah....
Lama saya tk update sbb kat kampung, internet slow.So malas nk tunggu dpn laptop.
Perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lalu. (Kelantan - 1, N.Sembilan - 3)
Seluruh rakyat Kelantan di Tanah Serendah Sekebun Bunga dilanda kekecewaan......Begitu juga rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan. Dari kanak2 berusia 5 tahun hinggalah ke orang tua sudah lanjut usia, semuanya menyokong Wira Merah.....semuanya berada di depan tv untuk melihat Wira Merah beraksi. Namun, apakan daya kami, sudah takdir Allah menentukan Wira Merah kesayangan kami kalah di tangan skuad Rusa.
Seluruh negeri berduka cita, membawa hati lara ke mana2.
Segelintir penyokong kami pula habis kerusi di Bukit Jalil ingin dibakarnya, habis mercun diletupkan, habis botol minuman kosong ingin dibaling ke tengah padang.
Saya pula di depan televisyen, aduh sedihnya hatiku.....ada penyokong yang buat hal di Bukit Jalil. Dalam hati.....cukup2 la baling botol dan mercun, kesian kat pemain tkleh nk concentrate kepada games.
10 minit perlawanan berbaki saya cakap dekat anak saudara saya..."Abe (panggilan saya terhadap anak saudara saya), abis doh la, kaloh doh la kito..."Anak saudara yang berumur 15 tahun jawab, "Ah...Yeh (dia membahasakan dirinya) tk kaloh lagi"Saya dalam hati bangga sbb anak saudara saya ada semangat juang hingga ke titisan darah yg terakhir.
Begitulah laporan Piala Malaysia dari kaca mata saya. Apapun, syabas untuk Wira Merah, I believe you all sudah buat yg terbaik. Tahun depan insyaallah kita ke Piala Malaysia lagi....
Wednesday, November 4, 2009
Saya Peminat Fanatik....Wira Merah



Insyaallah...Wira merah akan menang....
Monday, November 2, 2009
The RedWarriors Will Win...Insyaallah
Watch Piala Malaysia this Saturday (Kelantan versus N.Sembilan)
Mintak2 la RedWarriors menang....please...please....
"Gomo Kelate Gomo"
Sunday, November 1, 2009
Percutian Terbaru-Brunei (31/10/2009)
Wednesday, October 28, 2009
Pengajaran Dari Kisah Ketokohan Umar bin Abdul Aziz
Salam semua....
Kali ini saya ingin berkongsi kisah ketokohan Umar bin Abdul Aziz.Maaf kerana tulisan ini diambil bulat-bulat dari wikipedia tanpa diedit lantaran kekurangan masa. Sebenarnya, saya dah lama kagum dengan ketokohan beliau melalui buku2 yang saya baca, namun saya tak sempat untuk menulis.
Siapakah gerangan Umar bin Abdul Aziz??? Beliau khalifah di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah.
Yg menarik mengenai Umar bin Abdul Aziz:
Menurut tradisi Muslim Sunni, salasilah keturunan Umar bin Abdul Aziz dengan Umar bin Khattab terkait dengan sebuah peristiwa terkenal yang terjadi pada masa kekuasaan Umar bin Khattab.
"Khalifah Umar sangat terkenal dengan kegiatannya beronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.
Kata ibu “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”
Anaknya menjawab “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin (gelaran bagi Khailfah Islam) melarang kita berbuat begini”
Si ibu masih mendesak “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu”.
Balas si anak “Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu”.
Umar yang mendengar kemudian menangis. Betapa mulianya hati anak gadis itu.
Ketika pulang ke rumah, Umar bin Khattab menyuruh anak lelakinya, Ashim menikahi gadis itu.
Kata Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.
Ashim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Ashim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.
Pengajaran dari kisah ini:
- Betapa terharunya saya bila mengetahui begitu kuat iman gadis miskin tersebut dan begitu bagusnya Saidina Umar bin Khattab sebagai seorg Khalifah.
- Dari rahim wanita yang teguh iman itulah, lahirnya seorang pemimpin yg hebat.
Kepimpinan Umar bin Abdul Aziz
"Ketika dipilih sebagai Khalifah, Umar menangis kerana takut akan tanggungjawab yang terpaksa dipikul.
Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini".
Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".Umat Islam tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah."
Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Ia berniat untuk tidur.Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul-Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, "Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?".
Umar menjawab, "Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini".
"Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?", Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, "Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk shalat bersama rakyat".
Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru “Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi” Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata “Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”
Di satu riwayat yang lain ada mengatakan Umar bin Abdul Aziz akan memadamkan lilin milik kerajaan bila anaknya masuk untuk bercakap dengannya kerana beliau tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan keluarga.
Nmpaknya setakat ini dulu coretan saya buat kali ini kerana sudah pukul 11.00 p.m.....saya mengantuk.