Saturday, November 14, 2009

Luahan Rasa Mengenai Wira Merah Lagi...

Assalamualaikum....

Saya terpanggil untuk share artikel pada post yg sebelum ini di blog saya kerana ianya berkaitan dengan negeri kelahiran saya. Setelah membaca banyak artikel dr internet, skrg saya dpt membuat rumusan kenapa penyokong Kelantan buat perangai ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu (7th November 2009).Bukan salah penyokong 100%, ada faktor2 lain yg membuatkan mereka sebegitu. Bygkanlah kesanggupan penyokong dtg dari jauh semata2 untuk menyokong Wira Merah, dalam keadaan Negeri Kelantan ketika itu dilanda hujan tidak berhenti2 dan sesetengah tempat dilanda banjir. Saya tidak berada di stadium, namun saya seperti dapat memahami perasaan kecewa penyokong yg berada di stadium.Penyokong kecewa setelah melihat corak pemainan yang tidak seberapa pada mlm itu. Namun, ianya bukan salah pemain, saya percaya pemain sudah buat yang terbaik, itulah yg termampu mereka buat pada mlm itu.


Bagi saya pemain Kelantan yang paling menonjol dalam ingatan saya pada mlm itu adalah Farisham sbb dia selalu buat lontaran bola ke dalam. Buat Mohd Zamri Ramli pula jgn bersedih hati kerana secara tidak sengaja telah menjatuhkan pemain NS di kotak penalti. Saya tetap menyokong anda kerana saya tahu anda tidak sengaja, anda hanya ingin menyekat kemaraan pemain NS itu, sebab itulah anda tertarik bajunya. Teruskan perjuangan, anda baru berusia 19 tahun.Syabas juga buat seluruh pemain Kelantan dan pihak pengurusan kerana berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia pada tahun ini.


Buat penyokong pula, janganlah fanatik keterlaluan sampai pukul memukul, sampai mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda. Ntahla....saya tidak bersetuju dengan kejadian membakar mercun dan membaling botol. Takut terkena orang lain, lebih parah kalo kat stadium itu ada kanak2 dan wanita.

Kawan saya Noje mlm itu sempat lagi sms mengharapkan Kelantan menang, makcik tua di kampung saya yang mengambil upah membuat ketupat pon risau macam mana dengan anak2 Kelantan yg pergi menyokong di Bukit Jalil. Selamat sampaikah mereka kerana sebahagian kawasan khabarnya sudah ditenggelami air. Di rumah saya, anak saudara saya yang baru berumur 15 tahun memaksa semua orang memakai pakaian merah sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan, sampai anak saudara saya yang umur 5 tahun pon faham dan pakai baju merah jgk. Begitulah hati kami, semua orang ada kesedaran untuk menyokong pasukan kami, tak kira yg berpelajaran tinggi atau tidak. Tak kira yang cukup umur atau tidak.Malam itu bagaikan seluruh hati rakyat Kelantan berada di Bukit Jalil bersama-sama The RedWarriors.

Ok tkpe la, dah suratan takdir kami kalah, apa nk kata lagi. Tahun depan moga dapat tebus balik.Petang ini saya nk jumpa kawan saya, Jid yang merupakan penyokong tegar The RedWarriors.
Wassalam

No comments:

Post a Comment