Friday, December 25, 2009

The Value of Leadership That I Learnt

Assalamualaikum...
This evening, there was a big stone knocked my head, I tried to calm down. In my heart, only Allah knows how I felt, about distrust to other people, about religion sensitivity and so on. How I am really concern about halal food until I stopped from eating chicken because I not so sure whether chicken is correctly slaughtered or not, but what happened to me now?? I must be more concern, so other peoples also safe from non-halal food.


But the thing is already happened, I cannot go back. I must face it bravely and with a full of responsibility as a leader. In my heart, I prayed for the strength, courage and intelligence to handle this situation tomorrow morning.


Now, I knew why during structural interview for the job in this company, I have been assessed through a session called role play. During that time, I need to act as a leader to handle a very difficult situation. Yeah, during that time, it was only a role play, not impact to anyone. But, today is the real situation……….


The other thing that I learnt is, it is very important to have a leader and choose a leader with Islamic mindset……I am feeling regret and disappointed of myself because I cannot avoid this thing happened because I did not educate people about this thing….And tonight after that thing already happened, my effort to settle this problem is still less….Boleh dikatakan masih relaks di dalam bilik sambil berfikir apa nak buat esok. Begitu kerdilnya saya jika hendak dibandingkan dengan usaha Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sanggup mengorbankan waktu rehat demi membela nasib dan hak rakyat yang dizalimi.


Luahan Rasa,
Lady Ambitious
21/12/2009 bersamaan 4 Muharam 1431 H – di suatu malam selepas satu peristiwa besar melanda diriku selepas 13 hari genap umurku 25 tahun.

This article is a little bit backdated because it cannot be posted earlier due to slow of internet connection.

Sunday, December 20, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 H

Salam Tahun Baru Maal Hijrah (1431 H) buat semua…….

Tahun lepas membawa seribu makna buat saya di mana tahun yang saya mula membina prinsip hidup. Berbagai peristiwa berlaku pada tahun lepas. Saya mengalami satu transformasi kehidupan, memang susah untuk membina prinsip hidup sebab saya ini seorang yang lembut hati dan mudah kesian dekat orang. Tapi saya bertransformasi demi menegakkan apa yang diajar dalam Islam. Memang benar ilmu agama saya masih terlalu cetek, masih banyak yang saya belum tahu. Tapi bagi saya, ilmu yang sedikit tidak mengapa, asalkan kita mempraktikkan apa yang kita pelajari dan tidak pernah berputus asa dalam mencari ilmu. Tiada guna ilmu yang bergunung jika satu pun kita tidak praktikkan, tiada guna jika kita jadi ustazah kalau hanya pada sijil sahaja.

Sempena tahun baru ni, saya membina azam yang baru. Jika tahun lepas saya telah membina jati diri, tahun ini pula saya ingin menjadi seorang yang lebih focus dalam mencapai cita-cita saya menjadi seorang muslimah yang berdaya saing….Cewahhh…..ada kelas ayat saya.

  1. Membina sebuah Baitul Muslim….Insyaallah
  2. Lebih focus dalam membina kerjaya, biarlah saya menjadi seorang jurutera yang lebih competent, seorang executive yang boleh memberi keuntungan kepada syarikat.
  3. Seorang yang outspoken dan berani mengeluarkan pendapat
  4. Biarlah saya menjadi seorang yang berpegang pada tali yang kukuh……Tali yang kukuh = Prinsip yang benar.

Alhamdulillah, itulah azam tahun baru saya, semoga tercapai.....maaf saya terlambat 3 hari menulis catatan ini lantaran kesibukan tugas dan connection internet yg slow. Pagi ini saya berada di rumah sahabat saya, nasib baik internet di rumahnya laju....

Sunday, December 13, 2009

Sekadar Coretan

Assalamualaikum....
  1. Malam Sabtu lepas saya menghadiri satu program gathering bersama keluarga kecil saya di Miri. Semua yang hadir adalah perempuan. Alhamdulillah, saya merasa tenang sekali di gathering itu. Gembira sekali bila melihat sahabat saya yg lama saya tidak jumpa (since Ramadhan hari tu) ada juga di majlis gathering tersebut.
  2. Kami dihidangkan oleh tuan rumah dengan 'selada bangka'. Saya harap betul lah nama makanan yang saya tulis ni. Ini masakan orang Sunda, Indonesia. 'Selada Bangka' ni macam rojak sayura-sayuran tapi ianya tidak menggunakan timun tetapi menggunakan lettuce. Best rasenyer....hehehe. Tapi ada yg tk dpt mkn sbb ngakk bisa makan sayuran mentah. Saya bisa aje dong sbb saya orang Kelantan memang suka makan ulam mentah pon.
  3. Semua yang hadir jenis cool2 aje.....kami berdiskusi mengenai kepentingan solat. Ramai yang memberi pendapat. Saya mendengar aje...Ada seorg sahabat saya ni, nampak lembut jer tapi mempunyai pendapat yang bernas skali. Cara bercakap yang berhemah membuatkan orang tidak terasa hati. Lagi kagum bila mengetahui dia engineer lulusan US bekerja di International Oil & Gas Company. Umur pulak baru 23 tahun tetapi sudah berkahwin.
  4. Nampaknya, saya perlu banyak belajar untuk menjadi seorang yg cool
  5. p/s : I'm planning to go to sewing class at 8.40 a.m but semasa saya jemur kain, ada orang hon kat luar rumah, saya pelik kenapa orang ni hon aku. Lepas tu baru terpikir....owh...orang nk ambil upah ptg rumput. Saya terpikir nk potong rumput ke tk ni....dah lewat nk g kelas. Tapi rumput dah agak panjang...so I decide...ok...potong la rumput, saya pergi kelas after orang ni siap potong rumput. So, saya sambung tulis blog sambil tunggu orang tu siap potong rumput.Huhu....
  6. Saya tk suka kalau rumput di halaman rumah saya ni panjang, even panjang sedikit pon sbb nnti saya serabut pikiran. Tapi saya malas nk cabut sendiri....Inilah budak2 zaman sekarang, tahu nk kawasan rumah cantik, tapi malas nk kemas sendiri. Kalau ayah saya ada kan best, ayah saya boleh tolong kemaskan untuk saya ataupun yang parahnya ayah saya dan mak saya jadi tukang membebel, "Rumah ke gok (kandang) aye (ayam) ni.....". Terkenang2 kan zaman kecil2 semasa saya tinggal bersama parents.
  7. Kini saya jauh dengan mereka demi mencari rezeki dan demi sebuah perjuangan.

Friday, December 4, 2009

Hari Yang Ceria

Assalamualaikum......


Apa yang ceria sgt arini?? Saya pergi audit Ex Equipment kat MCOT, kalau org lain mesti tk suka sbb cuaca panas. Saya pon tk suka jgk panas, sakit kulit....Tapi arini saya rasa best sgt sbb dapat belajar byk benda time audit. So, tk kisah la panas pon....yg penting saya berubah jadi pandai. Al-maklumlah, saya ni susah paham kalo org cerita pasal kerja, bila pergi site baru la paham sket.......Org lain paham byk....saya pulak paham sket jer.....Sedih jgk...tapi nk buat mcm mana sbb saya tidak dilahirkan dgn bakat cepat memahami benda2 teknikal.


Tapi saya, time audit tu, 2 in 1 sebenarnya, belajar benda teknikal sambil menjalankan hobi saya sebagai photographer...Hahaha.....I don't know kenapa saya la ni tk boleh fokus satu kerja at satu masa.....lebih2 lagi benda2 teknikal, senang hilang fokus, walaupun saya bagai nk mati cuba fokus dekat apa yg sedang diberitahu oleh instructor/boss. Mungkin saya salah pilih course time kat university, rasanya saya patut jadi pengawai kebajikan masyarakat...kalau tak pun jadi jururawat....ataupun jadi nutritionist (educate people about healthy meal).Hehehe.



Saya tgh check junction box dekat atas MCOT Fixed Roof Tank. Baru reti sebut Fixed Roof Tank setelah hampir 2 tahun jadi engineer. Huhu...tkpe la..it better late rather than never knowing about that


Walaubagaimanapun tuan puan semua jangan lupa ye, saya bercita2 nk jadi Principles Engineer pada masa depan tau.....Iye la, alang2 jadi engineer, biarlah sampai tahap principles terus.....Insyaallah if my future husband support me. Whatever it is, my MEK (mother) has been educated me that "Family is the Top Priority in Life". Career is no 2. But on top of that two things, living as a good muslimah is the most important thing.



Inilah saya 'On the Top of the World' bak kata Hanin (my friend that also together with me in the audit activity)

Saya balik lewat kerja tadi sbb ada meting PETRONITA, walaupun balik lambat tapi saya happy sebab byk perkara yg settle. Saya pon dpt belajar byk benda dr experienced person in handling PETRONITA matters.


Balik rumah, hosmate saya dah masak dan tolong angkat baju saya di jemuran. Saya rasa ingin menangis dgn rahmat Allah. Walaupun saya sibuk dengan pelbagai urusan, tapi Allah Maha Penyayang, Allah memberi saya hosmates dan sahabat2 yg baik utk menjadi tunjang penguat semangat saya di kala saya memerlukan.



Saya sentiasa yakin " Pertolongan Allah Itu Sentiasa Ada"



Selepas makan dan bercakap2 dgn hosmate saya, saya buka barang yang saya baru beli tadi...Erkk...masih belum byr, jadi consider beli secara berhutang. Siap pesan dekat Leen, "Kalo Rubi mati, Leen bgtau la mek rubi yang rubi ada hutang dengan Kak Laila". Saya tk sempat nk bgtau Mek saya tadi. Anak buah saya, Kakak sibuk nk cakap dgn saya time saya call mek saya td, lepas Kakak ckp, adik Fiqh pulak nk ckp. Saya layan jer la Kakak dengan Adik Fiqh walaupun adik Fiqh masih belum pandai cakap...Hahaha.....makcik yg baik. Siap pesan kat Kakak, "Kakak jgn tiok kalu g skoloh". She will be 6 years old next year. I just wondering how she knows that school gonna to be opened in one month time...I think Kakak gonna be a clever girl.


Barang yang saya maksudkan adalah Al-Quran digital, saya beli dengan officemate saya Kak Laila, lama dah saya nk beli, tapi baru bgtau Kak Laila, sekejap jer dia order....dah sampai....Syukran, walaupun harganya mahal, moga ianya bermanfaat. Hadiah saya untuk diri sendiri sempena Hari Jadi Yang Ke-25 minggu depan. Tiada niat pon untuk dijadikan hadiah birthday tapi kebetulan ianya sampai sebelum birthday saya, jadi saya anggap ianya sebagi hadiah utk diri sendiri je la. Buat teman2.....jgn susah2 celebrate my birthday or beli birthday gift ye....
Teman2 semua doakanlah supaya saya menjadi:-
  1. Anak yang sentiasa menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa
  2. Orang yang bersyukur di atas rahmat kurniaan Allah
  3. Orang yang dijauhkan Allah dari sifat riak dan buruk sangka
  4. Orang yang dijauhkan Allah dari sifat lemah, malas dan berputus asa
  5. Sahabat yang paling comel dan paling baik untuk korang semua

Inilah hadiah untuk diri sendiri yang saya maksudkan itu....

Wednesday, December 2, 2009

Persahabatan dan perjuangan

Assalamualaikum....


Sila hayati dua potong ayat yang dipetik dari Surah Al-Qasas, yang menceritakan kisah Nabi Musa memohon kepada Allah supaya saudaranya, Nabi Harun diutuskan bersama-samanya untuk membantunya menyampaikan risalah dakwah.


Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku; sungguh, aku takut mereka akan mendustakan ku.


Ayat 33, Surah Al-Qasas


Dia (Allah) berfirman, Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang.



Ayat 34, Surah Al-Qasas



Pentingnya kita mempunyai teman dalam setiap perjuangan…....


Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain, kata2 bedtime story yang disampaikan Ummu Uwais tidak lama dulu…….kalau bermanfaat dekat sahabat sendiri, lagi la bagus kan……



Indahnya persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Di waktu bersembunyi di Gua Thur semasa hijrah dari Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat Rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan yang teramat sangat, air matanya mengalir jatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbanan ini tercatat dalam Surah At-Taubah, Ayat 40.

Okla, setakat itu dulu sharing saya buat kali ini.







Qurratu A'yun

Assalamualaikum....

Qurratu A'yun maksudnya penyejuk mata. Kalau Qurratu 'Aini = Penyejuk Mataku, dapat anak perempuan, letak la nama Qurratu 'Aini or 'Aina....cantik maksudnya.

Sila baca Ayat 74, Surah Al-Furqan ada kaitan dengan perkataan Qurratu A'yun. Elok amalkan ayat ini sebagai doa selepas solat.


Dan orang-orang yang berkata,“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”

Surah Al-Furqan, Ayat 74.

Sunday, November 29, 2009

How I spent my time this weekend

Assalamualaikum.....

Salam Aidiladha buat semua.

This weekend saya byk stayed kat rumah.Tido...zzzz....

Hehe....

Tapi tkde la tido all the times, tp agak malas sket la this weekend. Lepas Subuh tidur balik, weekend before this week, I seldom slept after Solat Subuh. Less read Quran, huhu.....But, I tried my best to at least read one page after Solat Zuhur/Asar/Maghrib.I don't know why this week I'm quite lazy.......

  1. But, this week I finished sewing my first blouse.
  2. I also had grew vegetables/flower (tomato, chilli, livingstone daisy, angle bean) in the polybag at my backyard.
  3. I watched movie 2012 with my best friend last night
  4. I learned how to cook from my hosmate, but I don't want to write here what I learnt because it was so simple recipe. Malu, resipi senang pon tk tahu.

Tomorrow, I planned to go to office early, hopefully at 6.30 a.m because I have too many things to do.......Next weekend, I hope I can go to swimming pool because there was quite long time I don't do any exercise...

Tuesday, November 24, 2009

Assessor Kata You're Doing Well

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....I have finished my ACD session this evening (2.00 p.m - 4.45 p.m). Hihi..it is supposed to be until 4.00 p.m, but it dragged until 45 minutes late.
I think I'm not doing well, but one of the assessor said, "Now you have finished your base competencies and so far so good".Waaa.....tk sangka assessor boleh ckp mcm tu...Alhamdulillah.terus bersemangat nk jawab soalan utk key competencies, sebenarnya I dah hampir setgh mati kat dlm bilik assessment tu sbb perah otak nk jawab pelbagai soalan. Habis fakta yg I ingat jadi lupa.....Nasib baik ada flip chart, boleh la saya lukis all the equipment block diagram kat atas flip chart, tkde la terketar2 sgt nk jawab soklan. Lukisan saya menjawab bagi pihak mulut saya.
Then, we proceed to the Key Competencies questions. After all the competencies end, assessor said, You're doing well for two years working experience". Dalam hati saya kata "Waaaa......nampaknya saya ni pandai jgk orangnya walaupun mcm nampak tk pandai". Patutlah parents saya bangga sgt dengan saya...huhu.
Astagfirullah, saya ni riak betul.Sebenarnya ianya ok sebab Allah permudahkan ujian tersebut terhadap saya. Cara dipermudahkan ialah sebelum assessment saya berpeluang utk discuss dgn officemates dan kawan baik saya, Ila. Last weekend, saya tidur pukul 1 pagi sbb buat discussion ngn Ila. Thanks Ila for the good companion.
Nak harap saya study sendiri mmg susah sbb saya ni bukan ulat buku bg matapelajaran electrical. Kalau buku2 yg tk berkaitan pelajaran, seperti novel2 Islam, Travelog Iran, saya terlebih ulat buku plak.
Harap tahun depan saya close all the gaps dan naik E2.....Hahaha....advanced betul.Lepas naik E2, terus pindah PMO.So, target utk naik E2 adalah tahun 2011.

Saturday, November 21, 2009

Friday, November 20, 2009

Owh...duit simpananku

Assalamualaikum...
Katanya melabur dlm asb tidak halal. waa....saya menyimpan dalam asb, siap buat potongan gaji setiap bulan lagi. Hmmm....nampaknya kalau mcm ni saya kena keluarkan duit saya dr asb la. Saya suka menyimpan dlm asb kerana kalau nk keluarkan duit senang, boleh pergi post office atau mana2 bank. Kalau tabung haji susah sket nk kluarkan duit, hanya blh di pejabat tabung haji dan mesti time office hour je (jika di Miri la, tempat lain saya tk sure).
Kalau tk simpan kat ASB, tak tahu la nk simpan kat mana lagi ni. Btw, skrg saya simpan kat 3 tempat:-
  1. ASB - disimpan utk dikeluarkan pada masa kecemasan. Kalau tkde kecemasan, saya guna duit tu utk pergi travel.Dah ada dalam perancangan nak pergi Beijing + Jakarta + Iran...huhu, tak tahu bila la tu boleh pergi...sekadar bermimpi.
  2. Tabung Haji - Disimpan bukan utk dikeluarkan dlm tempoh terdekat. Simpanan masa hadapan.
  3. KOPETRO (Koperasi PETRONAS) - Disimpan utk masa depan, potong gaji RM 70 jer sebulan, kalau setahun RM 840, 10 tahun = RM 8400, 25 tahun = RM 21000.

Saya tgk keadaan dulu, saya tgh survey nk simpan kat mana kalo bukan kat ASB.Saya harap sgt kalau ASB membuat pelaburan secara Islamik, tak payah la saya nk keluarkan duit saya dan tk payah la saya membatalkan skim potongan gaji yang saya telah buat terhadap simpanan ASB. Semoga suara saya didengar pihak berwajib.