Assalamualaikum...
Terbaca artikel http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/
Katanya melabur dlm asb tidak halal. waa....saya menyimpan dalam asb, siap buat potongan gaji setiap bulan lagi. Hmmm....nampaknya kalau mcm ni saya kena keluarkan duit saya dr asb la. Saya suka menyimpan dlm asb kerana kalau nk keluarkan duit senang, boleh pergi post office atau mana2 bank. Kalau tabung haji susah sket nk kluarkan duit, hanya blh di pejabat tabung haji dan mesti time office hour je (jika di Miri la, tempat lain saya tk sure).
Kalau tk simpan kat ASB, tak tahu la nk simpan kat mana lagi ni. Btw, skrg saya simpan kat 3 tempat:-
- ASB - disimpan utk dikeluarkan pada masa kecemasan. Kalau tkde kecemasan, saya guna duit tu utk pergi travel.Dah ada dalam perancangan nak pergi Beijing + Jakarta + Iran...huhu, tak tahu bila la tu boleh pergi...sekadar bermimpi.
- Tabung Haji - Disimpan bukan utk dikeluarkan dlm tempoh terdekat. Simpanan masa hadapan.
- KOPETRO (Koperasi PETRONAS) - Disimpan utk masa depan, potong gaji RM 70 jer sebulan, kalau setahun RM 840, 10 tahun = RM 8400, 25 tahun = RM 21000.
Saya tgk keadaan dulu, saya tgh survey nk simpan kat mana kalo bukan kat ASB.Saya harap sgt kalau ASB membuat pelaburan secara Islamik, tak payah la saya nk keluarkan duit saya dan tk payah la saya membatalkan skim potongan gaji yang saya telah buat terhadap simpanan ASB. Semoga suara saya didengar pihak berwajib.
No comments:
Post a Comment