Saya yakin apa yang saya ingin sampaikan kepada mereka adalah betul, namun pendekatan saya adalah tidak sesuai dengan mereka. Jadi saya tidak rasa bersalah sedikitpun dalam soal ini kerana inilah kali pertama saya menghadapi perkara ini dalam hidup saya. Jadi saya mmg tk tahu macam mana nk approach mereka, nmpaknya cara saya approach mereka dah salah dan perkara ini berlarutan menjadi perkara besar.
Saya emosional, buat keputusan drastik. Ya.....saya mmg begitu, jika saya ingin tahu pasal sesuatu, saya tidak boleh tunggu esok. On the spot, saya akan bg decision.
Tapi mereka juga yang menyumbang saya membuat keputusan drastik begini kerana mereka tidak datang berdiskusi bersama saya, saya nk berdiskusi dengan mereka mmgla saya takut, sbb muka nmpak masam jer. Hari ini, barulah saya memberanikan diri pergi berdiskusi dengan mereka. Dan, alhamdullilah, walaupun mereka tk dpt terima apa yg saya ingin sampaikan, tapi saya sudah bercakap face to face dengan mereka. Saya tahu apa preference mereka dan saya tahu apa yang saya patut buat di masa hadapan.
Saya yakin perkara ini akan mematangkan saya di masa hadapan bila saya menghadapi perkara yang sama di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment