Monday, July 13, 2009

Kuini ku sangka mangga, telekong pink dan novel english

Assalamualaikum....


Post ini aku tujukan khas buat orang yg merindui hasil tulisan aku setelah sekian lama. Petang tadi aku dan As masak untuk berbuka. As masak ayam masak kicap dan bubur jagung. Aku jadi orang potong bawang dan parut jagung. Hehehe.Masakan As mmg sedap. Sementara menunggu bubur jagung masak, As pergi angkat kain kat bhgn luar rumah.


Lepas tu aku dengar As terjerit2, apsal budak ini, kena kejar serangga ke??? ....Aku jenguk kat luar rumah, rupanya As menjerit keriangan sambil menunjukkan buah mangga yg jatuh ke tanah. "Byknya buah kuini...saya nk kutip guna baldi la kak"."Kuini ke?", kata aku dalam hati. As mengutip buah-buahan tersebut dengan gembiranya sampai penuh sekerat baldi.


Ketika berbuka puasa As cerita lagi pasal buah td. Dia asyik sebut kuini, pastu aku terdetik nk tnya, "Bukan mangga ke?". "Kuini la kak". "La, ye ke???Abis la aritu akak dengan semangatnya pergi kait buah muda dan pergi bagi dekat kak Ros sbb akak ingatkan tu mangga, maklumlah Kak Ros kan di awal kehamilan time tu".....Hahahahaha...Kitaorg ketawa. "Kalo mcm ni, kena mintak maaf dekat Kak Ros la, nnti dia kata apa la budak ni bagi aku buah kuini muda"
Itulah cerita kuini, mmg byk luruh kat atas rumput belakang rumah ni.Mcm kutip buah ceri pulak aku tgk gelagat As.
Btw, aku ada nk post satu karya lain jgk iaitu iktibar dari Kisah Perkahwinanan Saidina Khadijah r.a dan Rasulullah s.a.w. Skrg baru draf, tk sempat nk siapkan lagi that post. That post adalah diadaptasi dari buku KHADIJAH, The True Love Story of Muhammad. Mmg best buku tu, aku tk abis baca lagi, baru baca bab ke-2, tapi every pages yg aku baca tu menarik.


Inilah buah kuini yang As kutip. Baunya semerbak menusuk hidung. Tak sabar nk mkn esk sbb mlm ni dah kenyang.

Ini plak telekong yang Kak Ros hadiahkan dari Indonesia semasa dia dan suaminya pulang menziarah keluarga sebelah suaminya di Indonesia. Cantik sekali.............Saya lah yang pesan suruh dia beli telekong sembahyang yang bunga tepinya color pink. So, see....my taste is not bad.Dia balik Miri je, dia kata telekongnya ada, tapi bg free je....Waaaa....tk sangka dpt hadiah telekong yang cantik, thanks Kak Ros.




Telekong sembahyang tersebut tersimpan dalam beg kecil yg ini.....Begnya cute jgk. Siapa berminat nk beli bgtau saya, nnti saya akan menghubungkan anda dengan Kak Ros atau nama gelaran baru 'Ibu Rosie'.Mana lah tau Ibu Rosie kita ni nk balik Indon lagi


Ini pula hadiah dari Hanin. Hanin adalah kawan baik saya yg pertama sekali kat SKO. Orang yang pertama menjadi best friend dan sangat memahami saya kat SKO adalah Hanin...Best kawan ngn Hanin,byk knowledge yg kitaorg share.

Berbalik pada alkisah novel tadi....Di suatu pagi selepas cuti Gawai, saya dtg ofis lambat sket dr biasa sbb saya rasa saya baru balik dari outstation ke apa ntah...Tiba2...jeng2...kat atas meja saya ada novel tersebut diikat indah dengan ribbon color creme. Sebab ikatannya sgt cantik, saya takut nk bukak, nnti ikatan ribbon itu rosak.


Tapi sbb nk tengok isi kat dalam, saya terpaksa buka jgk...Jeng2...kat dalam ada kad kiut dari Hanin.....Hanin mmg best, pandai dia pilih hadiah.That gift enlighten my day:)


p/s: Lama tk lunch ngn Hanin sbb skrg ni saya selalu puasa dan pergi offshore + Hanin pon busy.

Okla..tu jer celoteh saya mlm ni.....Tunggukan post Iktibar Dari Perkahwinan Saidina Khadijah r.a dan Rasulullah s.a.w tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment