Tuesday, June 15, 2010

Muhasabah Diri di Bulan Rejab Tahun 1431 H

Assalamualaikum…..
Bulan Rejab menjelma lagi, hari ini sudah 2 Rejab 1431 H. Umat Islam disunatkan berpuasa pada bulan Rejab. Bagi diri saya sendiri, saya masih belum berjaya untuk berpuasa sunat Rejab. Insyaallah, saya akan cuba berpuasa esok. Berpuasa adalah amat bagus bagi saya kerana saya dpt menjimatkan masa. Masa makan tengahari boleh saya gunakan untuk membaca. Fokus saya adalah untuk membaca Asas Fardhu Ain karangan Ustaz Sulaiman Endut, Fiqh Sirah Jilid 1 karangan Ustaz Said Ramadhan Al-Buti dan menghafaz Juz Amma’. Ini merupakan preparation untuk Kuiz Agama di Kota Kinabalu pada bulan July nanti.


Ada beberapa buku lagi yg saya berminat nk baca,
Himpunan Risalah Hassan Al-Banna dan 2 buah English books. Tetapi kerana kesuntukan masa, saya pending dulu laa.

Alhamdulillah, setelah 26 tahun hidup di muka bumi Allah ini, saya mendapat apa yang saya cari selama ini, iaitu visi dan misi hidup di dunia ini. Teringat masa dulu2 (masa kanak2, remaja, di university dan di permulaan alam pekerjaan), saya agak sukar untuk mengikuti jalan tarbiyyah biarpun di masa kecil (sekolah rendah), saya dididik dengan foundation agama yg agak kuat, setiap minggu saya dan seluruh family akan mengikuti kuliah agama oleh seorg guru agama di rumah saya, setiap hari harus belajar mengaji Quran, di sekolah ada kelas Fardhu Ain anjuran KAFA dan sentiasa dibawa oleh Mek (Ibu) untuk bersolat Maghrib, Isyak, Solat Sunat Terawih dan Hari Raya di surau.

Di sekolah menengah saya juga berada di sekolah yg mempunyai environment agama yg kuat seperti kata PK HEM sekolah saya dulu, dia ingin mewujudkan ‘Iklim Dini’ di sekolah ini. Di university pula, alhamdulillah, saya ditempatkan oleh Allah bersama-sama kawan2 yg baik walaupun saya agak sedikit nakal. Dari minggu pertama menjejaki kaki di Universiti hingga ke tahun akhir, iaitu tahun ke-5, kawan-kawan tidak pernah jemu mengajak saya mengikuti jalan tarbiyyah, namun mungkin masanya belum sampai atau hati saya belum memahami, segalanya saya pandang sepi.

Namun, sesuatu yg saya tk sangka2, saya bersedia dan blh saya katakan agak memahami setelah 26 tahun hidup. Satu proses pencarian yg lama, alangkah indahnya kalau saya memahami semua ini semasa umur saya 17 tahun.

No comments:

Post a Comment