Monday, June 7, 2010

Perjalanan Pulang ke Miri




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setelah bercuti selama lebih seminggu (28/5 - 7/6) di kampung, hari ini saya akan kembali ke Miri untuk bertugas dan paling penting adalah untuk membina diri utk menjadi insan yang berkualiti, bermanfaat utk orang lain dan insan yang diredhai Allah.

Mengimbas kembali pada mulanya, saya tk mahu pulang ke Pasir Mas (kampung) pada 28 Mei lalu kerana pada 28 Mei itu, saya ada satu program pembinaan diri di Miri. Saya cuba beberapa kali utk menukar tiket, namun semua tiket sudah penuh dibooking. Tiket pulang paling awal yg ada adalah pada 1 jun, yg saya rasakan terlalu lewat utk pulang pada mlm 1 jun.
Saya agak kecewa kerana perancangan yg kurang teliti di pihak saya sehingga saya terlepas peluang menghadiri program tersebut. Namun, saya yakin ini adalah takdir Allah, mungkin saat itu, keluarga saya di Kelantan terlalu merindui dan memerlukan saya dan saya harus pulang segera.

Alhamdullilah, saya cuba memanfaatkan masa-masa saya di Kelantan dgn sebaik mungkin, namun saya hanya manusia biasa....berlaku jua sedikit pembaziran masa...Huhu.

Apa yg saya buat di Kelantan:-


  1. Berkongsi dgn abg saya presentation slide 'Ghawzul Fikr' dan buku cerita 'Cinta di Rumah Hassan Al-Banna'

  2. Menghadiahkan beberapa buah buku Al-Mathurat kepada ayahs, adik2 dan nephew. Mulanya saya ingatkan adik2 saya tidak berminat, tetapi mereka sebenarnya berminat dgn buku2 sebegitu, bila saya menghadiahkan kpd salah seorg adik saya yg berumur 17thn, dia membelek2 buku itu penuh minat......Alhamdulillah.

  3. Menghabiskan buku cerita Khalifah Umar Abd Aziz, saya cuba membuat slide pengajaran dari kisah beliau tapi belum siap lagi....

  4. Membaca buku cerita Imam Syafie, beberapa pages lagi untuk dihabiskan....


Okla, itu je....bateri laptop dah nk habis....

Catatan di KLIA, menunggu flight ke Miri jam 1.15 tghari.

No comments:

Post a Comment