Sunday, November 7, 2010

Perkongsian Bersama Raudhatul Sakinah

Assalamualaikum….

Jumaat mlm, saya telah menghadiri satu perkongsian bersama Ummi Ros, Ibu Yus and the team, iaitu pengurus rumah Raudhatul Sakinah. Saya begitu kagum dgn semangat mereka. Mmg susah untuk saya gambarkan di sini betapa bersemangatnya mereka memberi ucapan dan melontarkan pandangan pada mlm itu. Jiwa2 mereka amat segar dan muda seperti seorg pemuda yang sgt bersemangat dan berdedikasi. Mereka juga amat santai dan mesra.

Pengajaran yang saya dapat dari perkongsian tersebut ialah saya juga harus bersemangat dalam menjalankan tugas saya sebagai jurutera elektrikal. I need to do more visit to MCOT facility to see and to understand how the distribution system it is. Jika Ummi Ros dan Ibu Yus berjaya dalam bidang mereka, saya juga ingin berjaya dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Naqibah saya menaikkan lagi semangat saya dengan mengatakan dia suka dengan kerjayanya di syarikat ini. Naqibah saya juga seorang jurutera….:), sama seperti saya.

Ayat yang memotivasikan Raudhatul Sakinah untuk terus berdiri sampai ke hari ini....

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan agar mereka bertakwa."

Surah Al-A'raf (Ayat 164) 

No comments:

Post a Comment