Sunday, November 28, 2010

Menarik Mengenai Ibnu Sina


Assalamualaikum...

3 hari lepas naqibah saya share tentang kehebatan system pendidikan Islam. Sistem pendidikan Islam di zaman kegemilangan Islam telah melahirkan ramai para ilmuwan. Cthnya : Ali bin Abi Talib r.a, Aisyah binti Abu Bakar r.a, Umar Abdul Aziz dan Ibnu Sina. Semua yg naqibah saya sebut, saya sudah baca biografi hidup mereka dan saya memang mempunyai buku mengenai kisah mereka di library kecil di dalam bilik saya. Cuma Ibnu Sina, saya tidak tahu mendalam mengenai beliau, lalu semalam saya telah search mengenai beliau di internet. Apakah keistimewaan beliau:

  1. Lahir pada tahun 980 M atau 370 H
  2. Hafaz 30 juzuk Quran pada usia 10 tahun
  3. Menjadi doctor pada usia 18 tahun
  4. Bila menghadapi kebuntuan kerana tidak memahami ilmu metafizik yg ditulis oleh Aristotle, beliau pergi ke masjid, berwuduk dan solat untuk mendapat ketenangan dan petunjuk dari Allah. Apakah yang kita semua pada hari ini lakukan bila menghadapi kebuntuan??Sama2 lah kita renung dan muhasabah diri sendiri.
  5. Struggle utk memahami buku metafizik karangan Aristotle sehingga membacanya sebyk 40 kali sehingga dapat merakam perkataan yang ada di dalam buku tersebut di dalam mindanya, tetapi masih tidak dapat memahami ilmu tersebut sehinggalah beliau membaca sebuah ringkasan mengenai ilmu metafizik yg ditulis oleh Al-Farabi. Buku tersebut beliau beli di kedai buku dengan harga 3 dirham. Hmmm….dpt anda bygkan ummat Islam pada zaman itu, sudah maju, sudah ada kedai buku dan sudah ada semangat cintakan ilmu.
  6.  Semasa menjadi doctor, beliau memberi rawatan percuma kepada golongan miskin
  7.  Karyanya Qanun Fi-Tibb (The Canon of Medicine) menjadi rujukan di university di Italy sehingga tahun 1650 M
  8. Beliau meninggal dunia semasa mengajar pelajar2 perubatan di sebuah sekolah perubatan di Hamadan, Iran

Hebatkan sistem pendidikan Islam, mengatasi sistem pendidikan barat.Sistem pendidikan skrg berjaya menghasilkan doktor pada usia 23 tahun atau lebih, tapi sistem pendidikan Islam pada usia 18 tahun. Teras utama pendidikan Islam pada zaman kegemilangan Islam adalah pada usia 8-10 tahun, kanak2 diasuh untuk menghafal Al-Quran. Setelah berjaya menghafal Al-Quran, barulah anak2 diajar ilmu Fiqh, Hadis, Bahasa dll.

No comments:

Post a Comment