Assalamualaikum…..
2 jan, jam 12.17 mlm merupakan saat yang paling menggemparkan hatiku. Pak cik ku yang merupakan ayah yang menjaga dan mendidikku sejak kecil telah pergi untuk selamanya. Aku bergegas pulang ke Pasir Mas dari Miri pada pagi itu juga dengan menaiki flight MAS 6.20 pagi. Setelah berita itu kuketahui, aku tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Pada mulanya aku menangis, namun selepas itu aku cuba menenangkan diri dengan membaca zikir dari buku tahlil. Kenangan2 bersama ayah terus berputar2 di fikiranku. Kerana hari masih lagi pagi dan agak tergesa2, aku memilih untuk drive ke airport pada pagi itu kerana kebetulan housemateku ke offshore pada pagi itu. Sempat singgah di office untuk menghantar beberapa documents yang akan due tidak lama lagi.

Begitu awal ayah pergi meninggalkanku…
Ayah….maafkan diriku kerana tidak pernah mengungkapkan aku menyayangimu sepanjang dirimu ada di sisiku. Ayah….andai kau dapt mendengar di alam sana….ketahuilah aku amat menyayangimu. Engkau adalah ayah yang terbaik, yang paling penyayang dan yang paling penyabar.
Engkaulah ayah yang paling tabah dan cekal yang pernah kukenali. Masih kuingat dua tahun kebelakangan ini, setiap kali aku pulang ke kampung pasti ayah dan mek akan menjemputku dan menghantarku ke airport KB. Setiap kali, ayah drive pergi dan balik dari airport KB, ayah mesti sesat. Ayah seperti tidak larat hendak drive jauh. Rupa-rupanya itulah petanda ayah akan meninggalkan kami. Kali terakhir aku jumpa ayah adalah pada hari Raya Haji baru2 ini.
Ya Allah….ampunilah dosa2 ayah, tempatkanlah ayah di kalangan hamba-hambaMu yang soleh. Permudahkanlah hidup ayah di alam barzakh, di padang masyhar dan di akhirat nanti.
Aku akan tetap tabah untuk menghadapi hidup ini.......Insyaallah

No comments:
Post a Comment