Friday, January 14, 2011

Kenangan

Di saat kesepian, tiba-tiba aku rindu pada arwah ayah. Teringat jasa dan bakti ayah. Kasih sayangnya yang tidak diungkapkan dengan kata-kata, namun diterjemahkan dalam bentuk usaha keras ayah membanting tulang untuk menyara hidup kami sekeluarga.
 Di akhir usia ayah, arwah begitu bersungguh-sungguh membaiki rumah kami. Sebulan selepas siap bahagian dapur dan salah satu bilik tidur, ayah pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

 
Hasrat ayah untuk melihat ruang tamu rumah kami ber’tiles’ sejak 17 tahun lalu tidak kesampaian. Arwah ayah telah siap sedia membeli tiles untuk ruang tamu sebulan sebelum ajal menjemputnya pulang ke rahmatullah. Arwah ayah sendiri yang pergi memilih warna dan jenis tiles tersebut. Jika aku mempunyai duit nanti, akan ku realisasikan hasrat ayah kerana aku ingin hatiku dekat dengan ayah walaupun ayah sudah tiada di sisi.

Kenangan semasa arwah ayah melawatku setiap hari Jumaat di boarding school
Semuanya sudah suratan Ilahi. Sebagai anak mungkin aku dapat membantu arwah ayah dengan menjadi wanita solehah kerana hanya doa anak yang soleh di terima Allah.

No comments:

Post a Comment