Tuesday, March 22, 2011

Sumber Kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ini saya tersentuh bila melihat presentation someone. Beliau begitu berani menggarap aspek2 Islamic dalam presentation slides beliau walaupun audience terdiri daripada pelbagai believes. This evening, I met him again in another meeting, katanya sumber kekuatan adalah terletak pada amalan membaca Al-Quran dan zikir mathurat pada setiap hari. Ya, saya mempercayainya dan saya tekad ingin istiqamah membaca zikir mathurat setiap hari kerana selama ini saya kurang istiqamah dalam amalan ini. Saya juga ingin istiqamah solat pada awal waktu dan mengajak orang sekeliling saya untuk solat Subuh awal waktu juga. Let's challenge yourself.

Wednesday, March 2, 2011

Revolusi Eygpt

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, perjuangan rakyat Egypt utk menumbangkan orang yg tidak sepatutnya memimpin sudah berjaya. Terharu melihat perjuangan rijal-rijal di Egypt yang dipaparkan di dada-dada akhbar. Bagi orang yang mengenal erti hidupnya, "Harta yang banyak, rumah yang besar, hidup yang serba mewah tidak menjamin kebahagian, kebahagian yang sebenar adalah perjuangan menegakkan hukum-hukum Islam di muka bumi Allah ini. Mungkin kerana itulah Mus'ab bin Umair, Sayyid Qutb, Umar Tilmisani dan lain2 sanggup mengorbankan segalanya demi Islam. Wahai pemuda, bangunlah dari lekamu. Sesungguhnya, ramai rijal dan nisa yang tenggelam dalam mengejar kemewahan dunia yang kita rasa tidak pernah puas dan kita rasa tidak pernah cukup.