Saturday, June 19, 2010

Kuliah Zuhur (17/06/2010)

Assalamualaikum....
Sedikit perkongsian mengenai kuliah Zuhur di surau office yang saya hadiri 2 hari lepas. Di dalam Al-Quran itu terdapat 5 jenis cabang ilmu iaitu seperti yang disenaraikan di bawah:-
  1. Ilmu tentang hukum-hukum
  2. Ilmu hujah tentang kebenaran Islam
  3. Ilmu tentang nikmat-nikmat Allah (Cth : Nikmat hidayah Allah, nikmat Allah menjadikan kita, nikmat Allah menjadikan alam ini dan sebagainya)
  4. Ilmu ttg hari pembalasan dan cerita2 ttg umat2 terdahulu
  5. Ilmu yg berkaitan dengan kematian dan perkara2 selepas kematian

Itu saja sedikit perkongsian, maaf tidak dpt berkongsi byk sbb semasa kuliah saya tiba2 jadi mengantuk dan tidak dpt memberi tumpuan walaupun saya cuba untuk mendengar. Jadi yg saya sempat catat adalah sedikit sahaja. Yg lain semua dah lupa.

Wednesday, June 16, 2010

Ikhlas & Doa

Assalamualaikum....


Sedikit perkongsian mengenai melatih diri menjadi ikhlas:-
  1. Sentiasa membaca Al-Quran walaupun sebaris ayat
  2. Sentiasa berzikir walaupun dengan zikir2 yg pendek seperti Subhanallah & Alhamdulillah
  3. Cuba untuk khusyuk dlm solat
  4. Latih diri untuk berinfak


Alhamdulillah, inilah intipati yg saya berjaya kutip semasa usrah (bicara petang) di office ptg tadi.

Tuesday, June 15, 2010

Muhasabah Diri di Bulan Rejab Tahun 1431 H

Assalamualaikum…..
Bulan Rejab menjelma lagi, hari ini sudah 2 Rejab 1431 H. Umat Islam disunatkan berpuasa pada bulan Rejab. Bagi diri saya sendiri, saya masih belum berjaya untuk berpuasa sunat Rejab. Insyaallah, saya akan cuba berpuasa esok. Berpuasa adalah amat bagus bagi saya kerana saya dpt menjimatkan masa. Masa makan tengahari boleh saya gunakan untuk membaca. Fokus saya adalah untuk membaca Asas Fardhu Ain karangan Ustaz Sulaiman Endut, Fiqh Sirah Jilid 1 karangan Ustaz Said Ramadhan Al-Buti dan menghafaz Juz Amma’. Ini merupakan preparation untuk Kuiz Agama di Kota Kinabalu pada bulan July nanti.

Monday, June 7, 2010

Perjalanan Pulang ke Miri




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setelah bercuti selama lebih seminggu (28/5 - 7/6) di kampung, hari ini saya akan kembali ke Miri untuk bertugas dan paling penting adalah untuk membina diri utk menjadi insan yang berkualiti, bermanfaat utk orang lain dan insan yang diredhai Allah.

Mengimbas kembali pada mulanya, saya tk mahu pulang ke Pasir Mas (kampung) pada 28 Mei lalu kerana pada 28 Mei itu, saya ada satu program pembinaan diri di Miri. Saya cuba beberapa kali utk menukar tiket, namun semua tiket sudah penuh dibooking. Tiket pulang paling awal yg ada adalah pada 1 jun, yg saya rasakan terlalu lewat utk pulang pada mlm 1 jun.