Wednesday, June 16, 2010

Ikhlas & Doa

Assalamualaikum....


Sedikit perkongsian mengenai melatih diri menjadi ikhlas:-
  1. Sentiasa membaca Al-Quran walaupun sebaris ayat
  2. Sentiasa berzikir walaupun dengan zikir2 yg pendek seperti Subhanallah & Alhamdulillah
  3. Cuba untuk khusyuk dlm solat
  4. Latih diri untuk berinfak


Alhamdulillah, inilah intipati yg saya berjaya kutip semasa usrah (bicara petang) di office ptg tadi.
Satu perkongsian yg best dr officemates, namun saya agak malu2 dan tidak menyumbangkan kepada topik perbincangan may be sbb saya sorg je perempuan td. Tapi kerana ingin mencontohi sikap As-syahid Imam Hassan Al-Banna, saya tetapkan hati untuk berada di situ sehingga ke akhir majlis. Mengikut sejarah yg dibaca, Imam Hassan Al-Banna tidak pernah dtg ke majlis ilmu separuh2. Syukur jua saya berada di office ini kerana begitu byk peluang2 untuk mendalami ilmu agama terbentang luas di depan mata saya. Bila ada kelas2 agama, saya cuba merebut peluang untuk hadir, malah saya akan cuba untuk merancang jadual agar saya tidak miss kelas2 tersebut.
(Soal infak mmg menyentuh hati saya kerana saya pernah membaca kisah sahabiah iaitu Saidatina 'Aisyah dan kakaknya Asma' binti Abu Bakar adalah seorg yg sgt pemurah. Asma' tidak akan menyimpan satu harta pon untuk dirinya sendiri, setiap harta yg diperolehi akan terus diinfakkan. Mengikut salah satu cerita lain, Saidatina Khadijah diakhir hayatnya pula pernah berkata jika tulang2nya boleh dijual, dia sanggup menjual tulang2nya dan hasil jualannya diinfakkan untuk Islam. Begitu hebatnya pengorbanan sahabiah)
Usrah pada mlm ni pula adalah mengenai mengapa doa kita tidak dimakbulkan? Salah satu sebab adalah sbb kita tidak melaksanakan perintah Allah dan tidak menjauhi larangan-Nya. Hmm....saya refleksi diri dengan pernyataan di atas, teringatkan diri sendiri berdoa itu dan ini, tapi in actual, kekuatan diri sendiri belum terbina, nk buat ibadat wajib seperti solat Subuh tepat pada waktunya pun susah, jgnkan nk bgn Qiyamulail. Naqibah saya kata semuanya perlu dibuat dgn bertahap, awal2 nya mmg susah.

No comments:

Post a Comment