Wednesday, July 22, 2009
Inilah ujian, tarbiyah Pencipta buat hamba-Nya (Series 2)
Saya emosional, buat keputusan drastik. Ya.....saya mmg begitu, jika saya ingin tahu pasal sesuatu, saya tidak boleh tunggu esok. On the spot, saya akan bg decision.
Tapi mereka juga yang menyumbang saya membuat keputusan drastik begini kerana mereka tidak datang berdiskusi bersama saya, saya nk berdiskusi dengan mereka mmgla saya takut, sbb muka nmpak masam jer. Hari ini, barulah saya memberanikan diri pergi berdiskusi dengan mereka. Dan, alhamdullilah, walaupun mereka tk dpt terima apa yg saya ingin sampaikan, tapi saya sudah bercakap face to face dengan mereka. Saya tahu apa preference mereka dan saya tahu apa yang saya patut buat di masa hadapan.
Saya yakin perkara ini akan mematangkan saya di masa hadapan bila saya menghadapi perkara yang sama di masa hadapan.
Inilah ujian, tarbiyah Pencipta buat hamba-Nya
Ya Allah, lamanya saya tidak menulis......
Saya sedih,fikiran saya terganggu.......Namun apapun saya sudah tetap dengan keputusan saya....Astagfirullah Al-Azim...tunjukilah hamba-Mu ini jalan yang benar.
Ya Allah, kurniakanlah kami, iman yang sempurna. hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami, diin yakni cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah).........
Monday, July 13, 2009
Kuini ku sangka mangga, telekong pink dan novel english
Ketika berbuka puasa As cerita lagi pasal buah td. Dia asyik sebut kuini, pastu aku terdetik nk tnya, "Bukan mangga ke?". "Kuini la kak". "La, ye ke???Abis la aritu akak dengan semangatnya pergi kait buah muda dan pergi bagi dekat kak Ros sbb akak ingatkan tu mangga, maklumlah Kak Ros kan di awal kehamilan time tu".....Hahahahaha...Kitaorg ketawa. "Kalo mcm ni, kena mintak maaf dekat Kak Ros la, nnti dia kata apa la budak ni bagi aku buah kuini muda"
Inilah buah kuini yang As kutip. Baunya semerbak menusuk hidung. Tak sabar nk mkn esk sbb mlm ni dah kenyang.
Telekong sembahyang tersebut tersimpan dalam beg kecil yg ini.....Begnya cute jgk. Siapa berminat nk beli bgtau saya, nnti saya akan menghubungkan anda dengan Kak Ros atau nama gelaran baru 'Ibu Rosie'.Mana lah tau Ibu Rosie kita ni nk balik Indon lagi
Ini pula hadiah dari Hanin. Hanin adalah kawan baik saya yg pertama sekali kat SKO. Orang yang pertama menjadi best friend dan sangat memahami saya kat SKO adalah Hanin...Best kawan ngn Hanin,byk knowledge yg kitaorg share.
Tapi sbb nk tengok isi kat dalam, saya terpaksa buka jgk...Jeng2...kat dalam ada kad kiut dari Hanin.....Hanin mmg best, pandai dia pilih hadiah.That gift enlighten my day:)
p/s: Lama tk lunch ngn Hanin sbb skrg ni saya selalu puasa dan pergi offshore + Hanin pon busy.
Okla..tu jer celoteh saya mlm ni.....Tunggukan post Iktibar Dari Perkahwinan Saidina Khadijah r.a dan Rasulullah s.a.w tidak lama lagi.
Tuesday, July 7, 2009
Wo de mei mei
Pagi ini saya bangun awal kerana bersahur untuk puasa ganti. Banyak benda saya nk luahkan dlm blog ini, tapi kerana kesibukan tugas harian, saya tidak sempat untuk menukarkan apa yang terbuku diminda saya ke dalam bentuk tulisan.
Apa yang menarik di fikiran saya ek??
Wo de mei mei = Adik perempuan saya = My sisters
"Adik perempuan saya sudah belajar!!! - Happy sangat bila tengok adik perempuan saya dah pandai sebut murabbi dan mutarabbi. Saya kata kat dia..."waa, awak dah pandai, akak happy". She is growing up."
Semoga kami mendapat manfaat dari apa yang kami pelajari dan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
Sejak bila saya ada adik perempuan ek? Sejak lapan bulan lepas, dan sekarang dah bertambah jadi 3 orang. Semuanya comel2, pandai2 dan ada karakter masing2.
Ada lagi yang nk tulis tapi ada kerja lain laa nk buat....Nampaknya kali ini saya sempat tulis pasal adik perempuan saya jer la.