Assalamualaikum…..
2 jan, jam 12.17 mlm merupakan saat yang paling menggemparkan hatiku. Pak cik ku yang merupakan ayah yang menjaga dan mendidikku sejak kecil telah pergi untuk selamanya. Aku bergegas pulang ke Pasir Mas dari Miri pada pagi itu juga dengan menaiki flight MAS 6.20 pagi. Setelah berita itu kuketahui, aku tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Pada mulanya aku menangis, namun selepas itu aku cuba menenangkan diri dengan membaca zikir dari buku tahlil. Kenangan2 bersama ayah terus berputar2 di fikiranku. Kerana hari masih lagi pagi dan agak tergesa2, aku memilih untuk drive ke airport pada pagi itu kerana kebetulan housemateku ke offshore pada pagi itu. Sempat singgah di office untuk menghantar beberapa documents yang akan due tidak lama lagi.