Sunday, May 22, 2011

Al-Maghdhu dan Ad-Dholiyn

Salam....

Mlm ni saya berkesempatan utk tgk balik maksud al-maghdhu dan ad-dholiyn, iaitu 2 perkataan di akhir surah Al-Fatihah. 2 perkataan ini saya selalu confuse maksudnya yang sebenarnya. Untuk mengelakkan saya confuse lagi, saya tulis dua perkataan ini di atas kertas yang ditampal di dinding bilik saya.


Tulisan tanganku di kertas yang ditampal di dinding bilik

Al-Maghdhu = Orang2 yang Engkau murkai
Ad-Dholiyn = Orang2 yang sesat.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi Al-Maghdhu dan Ad-Dholiyn. Sebaliknya jadikanlah aku 'Al-Ladzi Na Amanu = Orang2 Yang Beriman".

Sunday, May 15, 2011

Sumbangsih Irama


Alhamdulillah, jumpa juga nasyid ini. Kenangan semasa di SMACH, yg selalu dialunkan oleh penasyid-penasyid sekolah. Rupanya nasyid ini berasal dari SMAP Labu.

Apa petanda bila kita demam

Assalamualaikum...

Bila kita demam, tandanya Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
Apabila kita demam, tandanya Allah nk suruh kita rehat and recharge back our energy
Apabila kita demam, tandanya Allah nk suruh kita mensyukuri saat kita sihat dan aktif
Apabila kita demam, tandanya Allah nk suruh insan2 disekeliling kita caring dengan kita :)

Thank to my housemate for masakkan kuetiau soup, tolong angkatkan baju di jemuran, tlg bg2 ubat-ubatan fever+flu.
Thank to Mek for calling me and gave me advice on how to get well soon
Thank to Sis Feni, Sis Aishah and Kak Siti kerana bertanya khabar dan doa



Ya Allah, jadikanlah daku wanita solehah,
jadikan daku qurratu 'aini buat mek, ma, ayah dan keluargaku,
jadikan daku teman yang memahami, teman yang setia
dan teman yang menguatkan sahabat2 ku.
Ya Allah, khusyukkan solatku, bersihkan hatiku, kuatkan diriku dalam mengerjakan amal ma'ruf nahi mungkar, dan kurniakanlah kelembutan hati kepadaku
 

Monday, May 9, 2011

Adakah aku berada di planet yang salah

Salam....

Lately, busy sket. Tk sempat nk mengarang apa2 catatan diblog ini. Tapi sempat juga browse through blog orang, tk sangka ramai di luar sana ada posting yang menarik. Jadi walaupun diri sendiri tk sempat nk menghasilkan karya, tp nk share jugak kat sini catatan orang lain.

Sunday, May 1, 2011

My reading materials

Assalamualaikum....

Just to share on what I have for me to read. A lots...it be like that because all those materials actually I suppose to read them during my secondary and university times, but I missed that moments. During my teenager age, I read useless magazines and spending my times with not so beneficial activities.

Monday, April 18, 2011

Leisure Writing


My interest on flower photo

Assalamualaikum....

Tonite, I would like to do leisure writing which I have not do for long time. After I knew the meaning of life about two years ago, my every day life is meaningful day for me.

Friday, April 15, 2011

Orang-orang yang benar

Assalamualaikum....

Semalam semasa dalam pejalanan balik dari offshore, aku memikirkan sesuatu.

Tuesday, March 22, 2011

Sumber Kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ini saya tersentuh bila melihat presentation someone. Beliau begitu berani menggarap aspek2 Islamic dalam presentation slides beliau walaupun audience terdiri daripada pelbagai believes. This evening, I met him again in another meeting, katanya sumber kekuatan adalah terletak pada amalan membaca Al-Quran dan zikir mathurat pada setiap hari. Ya, saya mempercayainya dan saya tekad ingin istiqamah membaca zikir mathurat setiap hari kerana selama ini saya kurang istiqamah dalam amalan ini. Saya juga ingin istiqamah solat pada awal waktu dan mengajak orang sekeliling saya untuk solat Subuh awal waktu juga. Let's challenge yourself.

Wednesday, March 2, 2011

Revolusi Eygpt

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, perjuangan rakyat Egypt utk menumbangkan orang yg tidak sepatutnya memimpin sudah berjaya. Terharu melihat perjuangan rijal-rijal di Egypt yang dipaparkan di dada-dada akhbar. Bagi orang yang mengenal erti hidupnya, "Harta yang banyak, rumah yang besar, hidup yang serba mewah tidak menjamin kebahagian, kebahagian yang sebenar adalah perjuangan menegakkan hukum-hukum Islam di muka bumi Allah ini. Mungkin kerana itulah Mus'ab bin Umair, Sayyid Qutb, Umar Tilmisani dan lain2 sanggup mengorbankan segalanya demi Islam. Wahai pemuda, bangunlah dari lekamu. Sesungguhnya, ramai rijal dan nisa yang tenggelam dalam mengejar kemewahan dunia yang kita rasa tidak pernah puas dan kita rasa tidak pernah cukup.

Sunday, February 6, 2011

Mengambil Pelajaran Dari Kesabaran Nabi Ayub

Assalamualaikum....

Buat teman2 di luar sana....

Mlm ini saya ingin berkongsi satu tazkirah iaitu kisah kesabaran Nabi Ayub. Nabi Ayub merupakan seorang Nabi yang kaya raya dan hidup harmoni bersama keluarga beliau. Sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang Nabi, beliau tidak alpa dengan kesenangan yang beliau perolehi. Hidupnya sentiasa dipenuhi zikir dan ibadah kepada Allah. Syaitan berasa iri hati dan dengki kepada Nabi Ayub, lalu ingin menyesatkan Nabi Ayub. Syaitan meminta izin kepada Allah untuk menguji Nabi Ayub dengan mendatangkan musibah kepada harta benda dan keluarga Nabi Ayub. Tentera Iblis telah memusnahkan harta Nabi Ayub dan Nabi Ayub juga telah diuji dengan semua anak-anaknya meninggal dunia. Namun iman Nabi Ayub tetap teguh. 

Lalu syaitan meminta izin lagi untuk menyakitkan badan Nabi Ayub. Allah berkata kepada syaitan, "Kamu hanya mampu menyakitkan badannya tapi tidak hatinya (syaitan tidak akan mampu mengubah keteguhan iman Nabi Ayub terhadap Allah). Mmg benar kata-kata Allah, Nabi Ayub tetap teguh imannya walaupun diuji penyakit kulit sehingga beliau dipulaukan oleh masyarakatnya kerana takut berjangkit. Hanya isterinya seorang yang setia menjaga beliau. Beliau tidak pernah meminta supaya Allah menyembuhkan penyakitnya kerana beliau malu terhadap Allah yang selama ini memberinya banyak nikmat dan kesenangan, iaitu kesenangan selama 70 tahun dan bagi beliau apalah kiranya menderita penyakit kulit selama 7 tahun jika hendak dibandingkan dengan kesenangan tersebut.

Akhirnya Allah telah menyembuhkan penyakitnya dengan mengeluarkan air dari hentakan kaki beliau. Beliau mandi dan minum dari air tersebut. Allah juga telah mengembalikan keluarga, harta dan sejumlah nikmat dan kebaikan kepada beliau selepas itu.

Saudaraku.....

Bayangkan betapa sabarnya Nabi Ayub, walaupun diuji dengan sebegitu getir, hatinya tetap mengingati Allah. Kita hari ini bagaimana?? Saya bercakap mengenai diri sendiri yang kadang2 kurang mengingati Allah pabila tiba saat diuji. Sering berfikir mengapa begitu. mengapa begini. Astagfirullah, ya Allah ampunilah kelalaian daku dari mensyukuri nikmatmu dan kelalaian dari menyerahkan kebergantunganku kepada-Mu. Ya Allah tingkatkanlah imanku dan ringankanlah badanku untuk mengerjakan ibadah terhadap-Mu. Moga aku adalah hamba-Mu yang mendapat petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. 

Wassalam