Monday, December 28, 2009
Bercucuk Tanam
Very Special Woman
Above is the card that I gave to my sister yang pindah ke KL
Friday, December 25, 2009
My sensitivity
Apabila saya melihat orang2 Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh yang susah2 juga hati saya tersentuh kerana wajah mereka seperti wajah ayah saya. Sekali lagi saya ingin katakan saya tidak mempunyai saudara di Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh. Cuma bila melihat kesusahan mereka saya rasa tersentuh sehingga saya terfikir beginilah nenek moyang aku dulu, susah2 naik kapal laut, meredah samudera, mengembara berbulan-bulan demi mencari rezeki, berdagang di tempat asing sambil menyebarkan budaya Islam. Sebab itulah bila saya pergi offshore, walaupun penat sedikit atau kadang2 tu penat sgt2, saya masih pujuk hati saya, lautan dan samudera adalah duniaku sejak zaman nenek moyangku, jadi sabar jgn nk jadi manja.Owh…sedihnya saya masih tidak mahir swimming.
Saya membuat kesimpulan sendiri, saya keturunan pengembara dan pejuang. Saya tidak tahu siapa nenek moyang saya, cuma hati saya seperti mengatakan mereka adalah pengembara dan pejuang. Mereka mengembara untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia. Jadi,saya tidak terkilan sekarang saya bekerja jauh dari kampung halaman saya kerana saya memang dilahirkan untuk mengembara dan memperjuangkan Islam.
Bila ibu saya berkata, “Mintaklah pindah Kerteh”. Saya pasti menjawab, “Saya gembira di Miri”. Perjuangan saya untuk diri sendiri dan orang lain masih belum selesai, saya perlu di sini. Tunggu sampai saya kahwin, baru saya decide nak pindah atau tidak. Memang saya rindu sangat dekat family dan kampung halaman, tapi saya perlu berada di Miri supaya saya rasa susahnya hidup di tempat orang. Kalau di tempat sendiri tentu saya lebih rileks, tentu mudah sahaja saya nk mempengaruhi orang lain kerana persamaan budaya dan pemikiran. Tetapi bila di tempat orang, saya perlu terlebih dahulu memahami budaya masyarakat setempat dengan mendekati masyarakat dan membina keyakinan diri dan kepimpinan diri.
Kata-kata yang menyedarkan saya, “Ramai sahabat Nabi meninggal dunia di luar Kota Makkah dan Madinah kerana mereka mengembara ke seluruh pelusuk dunia.Cthnya Saad bin Waqqas mengembara ke China dan Abdullah bin Mas'ud mengembara ke India. Mereka sanggup meninggalkan Masjidil Haram yang pahala sembahyang di masjid itu lebih besar daripada sembahyang di tempat lain kerana menyebarkan Islam itu lebih penting bagi mereka”. Saya tidak bermaksud tempat asal saya lebih baik fahaman Islamnya dari Miri, fahaman Islam masyarakat Miri juga ok, tapi saya perlu berada jauh dari family dan tempat asal saya supaya saya menjadi orang yang lebih berfikir dan keluar from my comfort zone.
The Value of Leadership That I Learnt
But the thing is already happened, I cannot go back. I must face it bravely and with a full of responsibility as a leader. In my heart, I prayed for the strength, courage and intelligence to handle this situation tomorrow morning.
Now, I knew why during structural interview for the job in this company, I have been assessed through a session called role play. During that time, I need to act as a leader to handle a very difficult situation. Yeah, during that time, it was only a role play, not impact to anyone. But, today is the real situation……….
The other thing that I learnt is, it is very important to have a leader and choose a leader with Islamic mindset……I am feeling regret and disappointed of myself because I cannot avoid this thing happened because I did not educate people about this thing….And tonight after that thing already happened, my effort to settle this problem is still less….Boleh dikatakan masih relaks di dalam bilik sambil berfikir apa nak buat esok. Begitu kerdilnya saya jika hendak dibandingkan dengan usaha Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sanggup mengorbankan waktu rehat demi membela nasib dan hak rakyat yang dizalimi.
Luahan Rasa,
Lady Ambitious
21/12/2009 bersamaan 4 Muharam 1431 H – di suatu malam selepas satu peristiwa besar melanda diriku selepas 13 hari genap umurku 25 tahun.
This article is a little bit backdated because it cannot be posted earlier due to slow of internet connection.
Sunday, December 20, 2009
Salam Maal Hijrah 1431 H
Salam Tahun Baru Maal Hijrah (1431 H) buat semua…….
Tahun lepas membawa seribu makna buat saya di mana tahun yang saya mula membina prinsip hidup. Berbagai peristiwa berlaku pada tahun lepas. Saya mengalami satu transformasi kehidupan, memang susah untuk membina prinsip hidup sebab saya ini seorang yang lembut hati dan mudah kesian dekat orang. Tapi saya bertransformasi demi menegakkan apa yang diajar dalam Islam. Memang benar ilmu agama saya masih terlalu cetek, masih banyak yang saya belum tahu. Tapi bagi saya, ilmu yang sedikit tidak mengapa, asalkan kita mempraktikkan apa yang kita pelajari dan tidak pernah berputus asa dalam mencari ilmu. Tiada guna ilmu yang bergunung jika satu pun kita tidak praktikkan, tiada guna jika kita jadi ustazah kalau hanya pada sijil sahaja.
Sempena tahun baru ni, saya membina azam yang baru. Jika tahun lepas saya telah membina jati diri, tahun ini pula saya ingin menjadi seorang yang lebih focus dalam mencapai cita-cita saya menjadi seorang muslimah yang berdaya saing….Cewahhh…..ada kelas ayat saya.
- Membina sebuah Baitul Muslim….Insyaallah
- Lebih focus dalam membina kerjaya, biarlah saya menjadi seorang jurutera yang lebih competent, seorang executive yang boleh memberi keuntungan kepada syarikat.
- Seorang yang outspoken dan berani mengeluarkan pendapat
- Biarlah saya menjadi seorang yang berpegang pada tali yang kukuh……Tali yang kukuh = Prinsip yang benar.
Alhamdulillah, itulah azam tahun baru saya, semoga tercapai.....maaf saya terlambat 3 hari menulis catatan ini lantaran kesibukan tugas dan connection internet yg slow. Pagi ini saya berada di rumah sahabat saya, nasib baik internet di rumahnya laju....
Sunday, December 13, 2009
Sekadar Coretan
- Malam Sabtu lepas saya menghadiri satu program gathering bersama keluarga kecil saya di Miri. Semua yang hadir adalah perempuan. Alhamdulillah, saya merasa tenang sekali di gathering itu. Gembira sekali bila melihat sahabat saya yg lama saya tidak jumpa (since Ramadhan hari tu) ada juga di majlis gathering tersebut.
- Kami dihidangkan oleh tuan rumah dengan 'selada bangka'. Saya harap betul lah nama makanan yang saya tulis ni. Ini masakan orang Sunda, Indonesia. 'Selada Bangka' ni macam rojak sayura-sayuran tapi ianya tidak menggunakan timun tetapi menggunakan lettuce. Best rasenyer....hehehe. Tapi ada yg tk dpt mkn sbb ngakk bisa makan sayuran mentah. Saya bisa aje dong sbb saya orang Kelantan memang suka makan ulam mentah pon.
- Semua yang hadir jenis cool2 aje.....kami berdiskusi mengenai kepentingan solat. Ramai yang memberi pendapat. Saya mendengar aje...Ada seorg sahabat saya ni, nampak lembut jer tapi mempunyai pendapat yang bernas skali. Cara bercakap yang berhemah membuatkan orang tidak terasa hati. Lagi kagum bila mengetahui dia engineer lulusan US bekerja di International Oil & Gas Company. Umur pulak baru 23 tahun tetapi sudah berkahwin.
- Nampaknya, saya perlu banyak belajar untuk menjadi seorang yg cool
- p/s : I'm planning to go to sewing class at 8.40 a.m but semasa saya jemur kain, ada orang hon kat luar rumah, saya pelik kenapa orang ni hon aku. Lepas tu baru terpikir....owh...orang nk ambil upah ptg rumput. Saya terpikir nk potong rumput ke tk ni....dah lewat nk g kelas. Tapi rumput dah agak panjang...so I decide...ok...potong la rumput, saya pergi kelas after orang ni siap potong rumput. So, saya sambung tulis blog sambil tunggu orang tu siap potong rumput.Huhu....
- Saya tk suka kalau rumput di halaman rumah saya ni panjang, even panjang sedikit pon sbb nnti saya serabut pikiran. Tapi saya malas nk cabut sendiri....Inilah budak2 zaman sekarang, tahu nk kawasan rumah cantik, tapi malas nk kemas sendiri. Kalau ayah saya ada kan best, ayah saya boleh tolong kemaskan untuk saya ataupun yang parahnya ayah saya dan mak saya jadi tukang membebel, "Rumah ke gok (kandang) aye (ayam) ni.....". Terkenang2 kan zaman kecil2 semasa saya tinggal bersama parents.
- Kini saya jauh dengan mereka demi mencari rezeki dan demi sebuah perjuangan.
Friday, December 4, 2009
Hari Yang Ceria
Saya tgh check junction box dekat atas MCOT Fixed Roof Tank. Baru reti sebut Fixed Roof Tank setelah hampir 2 tahun jadi engineer. Huhu...tkpe la..it better late rather than never knowing about that
Walaubagaimanapun tuan puan semua jangan lupa ye, saya bercita2 nk jadi Principles Engineer pada masa depan tau.....Iye la, alang2 jadi engineer, biarlah sampai tahap principles terus.....Insyaallah if my future husband support me. Whatever it is, my MEK (mother) has been educated me that "Family is the Top Priority in Life". Career is no 2. But on top of that two things, living as a good muslimah is the most important thing.
Inilah saya 'On the Top of the World' bak kata Hanin (my friend that also together with me in the audit activity)
- Anak yang sentiasa menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa
- Orang yang bersyukur di atas rahmat kurniaan Allah
- Orang yang dijauhkan Allah dari sifat riak dan buruk sangka
- Orang yang dijauhkan Allah dari sifat lemah, malas dan berputus asa
- Sahabat yang paling comel dan paling baik untuk korang semua
Inilah hadiah untuk diri sendiri yang saya maksudkan itu....
Wednesday, December 2, 2009
Persahabatan dan perjuangan
Sila hayati dua potong ayat yang dipetik dari Surah Al-Qasas, yang menceritakan kisah Nabi Musa memohon kepada Allah supaya saudaranya, Nabi Harun diutuskan bersama-samanya untuk membantunya menyampaikan risalah dakwah.
Ayat 33, Surah Al-Qasas
Dia (Allah) berfirman, Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang.
Ayat 34, Surah Al-Qasas
Pentingnya kita mempunyai teman dalam setiap perjuangan…....
Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain, kata2 bedtime story yang disampaikan Ummu Uwais tidak lama dulu…….kalau bermanfaat dekat sahabat sendiri, lagi la bagus kan……
Indahnya persahabatan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Di waktu bersembunyi di Gua Thur semasa hijrah dari Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar terpandang seekor ular keluar dari lubang berhampiran tempat Rasulullah tidur. Beliau lantas menutup lubang tersebut dengan kakinya kerana bimbang ular itu akan mematuk kaki Rasulullah. Lantaran menahan kesakitan yang teramat sangat, air matanya mengalir jatuh ke pipi Rasulullah dan baginda terjaga dari tidurnya. Peristiwa pengorbanan ini tercatat dalam Surah At-Taubah, Ayat 40.
Okla, setakat itu dulu sharing saya buat kali ini.
Qurratu A'yun
Qurratu A'yun maksudnya penyejuk mata. Kalau Qurratu 'Aini = Penyejuk Mataku, dapat anak perempuan, letak la nama Qurratu 'Aini or 'Aina....cantik maksudnya.
Sila baca Ayat 74, Surah Al-Furqan ada kaitan dengan perkataan Qurratu A'yun. Elok amalkan ayat ini sebagai doa selepas solat.