Sunday, December 20, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 H

Salam Tahun Baru Maal Hijrah (1431 H) buat semua…….

Tahun lepas membawa seribu makna buat saya di mana tahun yang saya mula membina prinsip hidup. Berbagai peristiwa berlaku pada tahun lepas. Saya mengalami satu transformasi kehidupan, memang susah untuk membina prinsip hidup sebab saya ini seorang yang lembut hati dan mudah kesian dekat orang. Tapi saya bertransformasi demi menegakkan apa yang diajar dalam Islam. Memang benar ilmu agama saya masih terlalu cetek, masih banyak yang saya belum tahu. Tapi bagi saya, ilmu yang sedikit tidak mengapa, asalkan kita mempraktikkan apa yang kita pelajari dan tidak pernah berputus asa dalam mencari ilmu. Tiada guna ilmu yang bergunung jika satu pun kita tidak praktikkan, tiada guna jika kita jadi ustazah kalau hanya pada sijil sahaja.

Sempena tahun baru ni, saya membina azam yang baru. Jika tahun lepas saya telah membina jati diri, tahun ini pula saya ingin menjadi seorang yang lebih focus dalam mencapai cita-cita saya menjadi seorang muslimah yang berdaya saing….Cewahhh…..ada kelas ayat saya.

  1. Membina sebuah Baitul Muslim….Insyaallah
  2. Lebih focus dalam membina kerjaya, biarlah saya menjadi seorang jurutera yang lebih competent, seorang executive yang boleh memberi keuntungan kepada syarikat.
  3. Seorang yang outspoken dan berani mengeluarkan pendapat
  4. Biarlah saya menjadi seorang yang berpegang pada tali yang kukuh……Tali yang kukuh = Prinsip yang benar.

Alhamdulillah, itulah azam tahun baru saya, semoga tercapai.....maaf saya terlambat 3 hari menulis catatan ini lantaran kesibukan tugas dan connection internet yg slow. Pagi ini saya berada di rumah sahabat saya, nasib baik internet di rumahnya laju....

No comments:

Post a Comment