Wednesday, September 16, 2009

Majlis Iftar di Rumah Saya

Antara makanan yg dihidangkan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah....akhirnya....impian jadi kenyataan.
Saya berjaya men'organise' majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan di rumah saya pada hari Ahad lepas, 12/9/09. Rasa best2 sgt sbb dpt berkumpul ramai2 dan menjamah hidangan yg ada.
Antara yg hadir....
  1. Ummu Uwais (saje letak nama samaran)
  2. Qayyim Noor (saje letak nama samaran)
  3. Kak Raihan
  4. Kak Laily
  5. Diyana
  6. Mas Afiqah

Pada majlis itu, saya masak tom yam ayam, sayur campur dan kek batik. Malangnya, kek batik tk sempat membeku dgn sempurna sbb saya lmbt buat. Huhu...tkde dessert la nmpaknya....Nasib baik la cik Qayyim Noor bawa muffin chocolate dan cik Ummu Uwais bawa kek lapis coklat. Dua kuih inilah yg menyelamatkan saya. Diyana pula bawak bubur kacang + jagung dan buah-buahan...Hmmm...nyum...nyum

Kak Raihan bawa pasta...sedap....Kak Laily pulak bawak berkotak2 minuman jus oren dan sebotol 100plus.

Thank semua...Love you all

Berbalik kepada masakan saya tadi...Huhu...tom yam saya merah sgt sbb saya terlebih blend cili. Saya masak tom yam tk guna perencah segera...saya masak guna resipi tradisional. Buat perencah sendiri. Btw, inilah first time saya buat tom yam, b4 ni jadi observer jer time kakak ipar buat...

Lepas makan...kitaorg solat Maghrib, Isyak dan Terawih sama-sama kat rumah saya...Qayyim Noor dan Kak Raihan jadi imam.

Okla...tu jer...

p/s : Rindu kat Cinet....skrg dah tk boleh buat lawatan harian ke workstation Cinet dah la sbb dia dah balik KL since last Friday. Cinet, if you read my blog, leave ur mesej k!...:)

Ummu Uwais pon dah balik Terengganu...

My the only one hosmate for the time being, As, pon dah balik Sibu malam ni via bus....

Lepas tu Jumaat ni saya cuti, so tinggal Qayyim Noor a.k.a Dila sorg2 kat office...hehe...Pagi td dia dah menjerit2"....akak tinggalkan saya sorg2 Jumaat ni...". Saya balik hari Sabtu, so Jumaat insyaallah, saya akan keluar berbuka ngn Dila kat mana2 tempat yg best.

Wassalam

Saturday, September 12, 2009

Puding Roti (Bread Pudding)

Assalamualaikum...


Hari ini sangat penat, balik program donation, saya tertidur sampai jam 2.55 p.m. Malas nk bangun lagi...Huh..

Mcm mana nk buat ni, tk larat nk bgn dr katil..(Betul kata Puan Siti dalam blognyer : "Jauhnya iman kita kala ini..kadang terasa takut sekali nikmat yang diberi merupakan ujian Allah adakah kita lalai atau tetap mengingatiNya...sepatutnya iman kita lebih teguh dan jitu kerana nikmat yang diberikan kepada kita begitu banyak sekali..Ternyata, diri kita tidur di tilam yang empuk.. sehingga terkadang terlalai waktu subuh.. kita makan yang lazat-lazat sehingga membuatkan kita malas melakukan solat-solat sunnat, kita diberi terlalu banyak kemewahan sehinggakan kita terlalu cintakan dunia... dan takut untuk bersedekah.. dimana letaknya iman kita...")
Pelik, sejak bila saya jadi mcm ni???Sejak Ramadhan ni saya dah jadi rajin...tapi hari ni dah jadi malas balik.


Saya dpt idea, saya kena bangun jgk..Bangun pergi mandi supaya badan segar. Saya kuatkan diri bangun pergi mandi dan Solat Zuhur. Sbb saya Solat Zuhur lewat, saya baca Quran after Solat Zuhur sementara menunggu Solat Asar.Lepas Solat Asar, saya start masak. First saya masak puding roti. 2nd masak sup ayam,third masak nasi putih. 3 benda tu la menu buka puasa saya hari ni. Saya keseorgan kat rumah sbb As balik rumah saudara dia.

Puding roti saya tk jadi sebenarnya...Huhu.Saya rasa saya salah teknik.


Roti yg dicelup dlm susu + telur disusun dalam loyang. Ditabur gula perang + kismis diatasnya

After dibakar dalam oven 180 degrees selama 10 minit. Awal2 bakar 10 minit, tk masak...Tambah 20 minit lagi...terus hangus...hehe.Sapa la nk menghabiskan puding roti yg hangus ni.

Saya dan Program Ramadhan Donation

Assalamualaikum....

Pagi ni saya bangun dengan bermalas-malasan....Arghh, saya kena mengorbankan weekend utk org lain lagi. Ntah, kenapa saya malas.Mungkin, saya perlukan rehat, mungkin saya perlukan masa untuk siapkan kerja2 office yg bertimbun2, mungkin saya perlukan masa untuk pergi shopping dan pergi kelas jahitan.


Lagipun, semalam saya tersedar jam 12.45 pagi. Saya bangun solat Isyak dan baca Quran sampai jam 2 pagi....Saya tidur balik dan bangun pukul 4.20 pagi....Sahur dan tk tidur sampai jam 7 pagi....Sambil baca buku atas katil, rasa mengantuk dan tertidur sampai jam 8.09 pagi. Arghh....malas nk bangun. Sejak akhir2 ni, saya tk pernah tidur selepas Subuh tapi hari ni tak tahu kenapa saya malas. Dalam hati,saya takut dengan tindakan saya tidur selepas Subuh takut otak saya jadi lembap...Tapi, tk larat nk bangun...Huwaa...pastu teringat kat kerja2 office yg sudah dekat dengan due date...Huhu. Teringat jgk yg esok petang saya akan buat majlis buka puasa kat rumah saya. Saya nk masak tom yam, ikan bakar dan sayur campur....Saya tk pandai masak, cmne ni????Rumah pon tk kemas lagi....Mcm mana ni??Tertidur balik sampai 8.20 pagi.

Tapi kerana work in a team, saya terpaksa la menyertai program tersebut dengan hati yg tak ikhlas....Huhu...tetapi dlm perjalanan pergi office saya cuba pujuk diri..."Ini peluang baik untuk mendekati masyarakat, mungkin ada kebaikan yg boleh saya perolehi dr program ini, saya akan lebih mengenali Miri dan sebagainya....."
Dalam van...saya ditegur oleh kerana lambat...Aduhhh...lagi la saya bad mood...Hahaha.....Tapi bila ingat balik pesan ayah dan my big brother iaitu, "Dalam apa jua situasi, jgn tunjuk muka bad mood, kena tunjuk muka ceria lebih2 lagi kalau kita nk pergi tolong orang susah, kalau nk tunjuk muka masam, baik jgn pergi, duk diam2 kat rumah, badan tk penat, org pon tk sakit mata tgk muka kita....". Nasib baik ayah dan abang pernah bagi ceramah kat saya masa saya remaja dulu.

Ya Allah, betapa lemahnya diri saya........mengikut perasaan dan pentingkan diri sendiri. Cubalah tgk kaum ibu, sanggup tinggalkan suami dan anak2 di waktu weekend demi program ni.
Alhamdulillah, program tersebut diselesaikan dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari. Program ini adalah kerjasama PETRONITA dan BAKIP. Orang kuat program adalah Kak Jess dari PETRONITA, orang kuat dr sebelah BAKIP saya tk sure sapa....Program menjadi lebih bermakna bila our GM dan SKOMC (BFA) turut sama turun padang menyertai program donation itu.
Bersama Kita Dekati Masyarakat...
Moga saya akan insaf....dan mintak maaf dengan sikap saya yg agak bermalas-malasan
Ini org kuat program...Kak Jess yg sentiasa ceria...
Ini pula GM PCSB SKO, PETRONITA Chairlady dan Assistant Chairlady kat salah sebuah rumah yg kami lawati

Brg2 donation

Tugas saya hari ini adalah ambil gambar...tapi tk byk gambar saya ambil sbb saya tk reti nk cari sudut menarik bila ramai org.....

Saturday, August 29, 2009

I'm in Bintulu

Assalamualaikum...

Skrg, saya berada dekat Bintulu (Hotel New World Suites). Saya di sini dari hari ini sampai 1hb September. Saya bertolak pagi td dari Miri dengan menaiki flight jam 7.15 pagi. Sampai sini dalam jam 8.00 pagi kot...Ntah...saya tk perasan sampai pukul brapa...Hehehe.

After sampai, terus ambil taxi ke hotel. Bila masuk bilik hotel,....waaa....besarnya bilik ni. Too big for me alone. Kalau next time, saya ada assignment mcm ni lagi during weekend, saya nk driving je la dari Miri - Bintulu, boleh bwk hosmate dan kawan2 saya untuk stay kat bilik saya. Huhu.

Saya terjumpa penimbang berat kat dalam bathroom, saya timbang berat saya hanya 42.5 kg. Waa...berat saya dah turun 2.5 kg. Hehehe. Saya berdoa sorg2, tolonglah gemuk balik, jadikanlah saya 45 kg balik.

Okla, saya kena bersiap2 untuk ke Temana office sekejap lagi, sebab scope kerja hari ini adalah find document about Temana platform.

Bye.....Wassalam

Friday, August 28, 2009

Merdeka

Assalamualaikum....

Merdeka…Merdeka…Merdeka…Yeay, after lunch today, there was a Merdeka Celebration at our office. I am so excited for that event.Hihi. Actually, during the event commenced, I had meeting with consultant. But, I’m not the key person for that meeting. So, I’m feeling a little bit bored with the meeting. Btw, I also was thinking that I should attend that celebration. So, secara diam-diam, I keluar dari meeting dan turun dekat sambutan kemerdekaan yg dibuat dekat VIP parking lot. Best…..siap2 nyanyi beberapa buah lagu bersama2 the other crowds.

As we all know, we celebrate Merdeka Day on 31st August every year. But, because 31st August is public holiday, our office celebrates it earlier which is today.





Update for today

Assalamualaikum….

Saya tersedar pukul 10.49 p.m selepas tertidur ketika landing2 atas katil selepas berbuka puasa tadi. Waktu berbuka dekat Miri adalah 6.35 p.m, so dlm 7.20 p.m. saya dah siap makan dan landing2 atas katil.Actually, I’m not fasting pon, diberi cuti dari berpuasa.

Selepas waktu berbuka, saya belek2 la workscope of my project that I gonna have to discuss with OPERATION team via teleconference esok. Tak tahu la mcm mana saya boleh tertidur. Bila saya tersedar, saya malas nk bangun. Tapi terpaksa kuatkan semangat jgk bgn kerana I still not take off my contact lens. I pergi gosok gigi dan cuci muka. Saya decide malas nk mandi sbb dah malam sgt. Keluar bilik, saya kemas2 mkanan yg tk habis waktu berbuka td dan basuh pinggan. Huhu, sebenarnya byk kerja jadi wanita berkerjaya ni….Bestnya kalau ada pembantu rumah….Hahahaha, main2 jer statement td.

Btw, skrg dah pukul 12.30 a.m, waktu tidur.

It gonna be a hectic weekend for me for this weekend as I will travel to Temana offshore from Saturday to Monday next week. I only back to Miri on Tuesday. Sedihnya nk tinggal Miri sbb banyak aktiviti saya kat Miri ni. Huhu…….insyaallah saya akan bawa Tafsir Quran, at least dapatlah saya isi waktu lapang lepas balik dari Temana dengan membaca Tafsir. Harap-haraplah betul2 baca, jgn ckp jer…tapi alih2 buat benda lain bila sampai Bintulu nanti.

Btw, I am also excited to go to Temana as this my first time, cuma risau sket la takut nnti asyik bekerja lupa pulak nk spend time baca quran, solat Terawih dsb. Bersungguh-sungguh dalam bekerja itu penting kerana tidak bagus kalau bekerja sambil lewa, nnti tk berkat duit gaji. Lagipun, cendekiawan Islam zaman dahulu kala merupakan orang2 yg berjaya dalam kerjaya mereka. Contohnya, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dsbnya. But, on top of that, dari pembacaan saya mereka juga merupakan orang yang taat dalam beragama. Begitulah kehidupan umat Islam, agama dan kehidupan dunia perlu seiring.

Saya masih jauh lagi untuk mencapai tahap tersebut, kekuatan iman masih perlu dibina, keyakinan dalam berkerjaya juga masih perlu dibina. Ilmu tentang agama Islam, masih banyak perlu dipelajari. Kadang2 sedih bila teringat saya telah byk mensia-siakan usia remaja saya dengan tidak terlalu mengambil berat pasal ilmu agama. Nasib baiklah, saya dilahirkan dalam family yg agak OK, iaitu dalam sebuah keluarga yg practice Islam walaupun kami bukanlah golongan alim ulama. Dan nasib baiklah, saya belajar di sebuah sekolah menengah yang menekankan pelajar2 nya untuk hidup dengan tatacara hidup Islam (solat jemaah, wajib memakai tudung, kena attend usrah every weekend, tak boleh bergaul bebas lelaki dan perempuan). Sistem pendidikan saya sewaktu saya remaja sudah bagus, tapi time remaja saya sedikit ‘rebel’. Masyaallah…..nasib baik Allah masih menyayangi saya, walaupun waktu remaja saya agak ‘rebel’ dengan system yg diterapkan di sekolah dan rumah saya, tetapi bila sudah hampir mencecah umur 25 tahun ini,saya teringat2 balik perangai saya waktu form 1-form 5 dulu. Terima kasih SMACH, dan terima kasih ayah kerana atas segala didikan dan terima kasih kerana tidak pernah membenarkan saya meninggalkan SMACH walaupun saya menangis bagai nk rak kerana tidak suka belajar kat SMACH. Terima kasih juga Mek atas kasih sayang dan sentuhan keibuan.

Ilmu kejuruteraan Elektrikal kuasa juga banyak yg saya harus pelajari. Begitu juga dengan ilmu untuk menguruskan kerja2 harian saya di pejabat. Saya masih perlu banyak belajar agak kerja saya lebih efisyen dan tersusun.

Okla, sekian dulu dah panjang lebar meluah perasan. Dah pukul 1.14 pagi…

Monday, August 24, 2009

Semarak Ramadhan

Assalamualaikum....

Tazkirah Ramadhan during lunch break

Semarak Ramadhan...Alhamdulillah, I can feel the aura of Ramadhan. Today is the 3rd day of Ramadhan month and the first working day in Ramadhan for this year.
I am so happy and energetic for this year Ramadhan. Ini kerana saya rasa saya dapat pengisian jiwa. Tidak boring dan keseorangan. Pada tahun ini ada tazkirah agama kat ruang pameran dekat lobi office sebyk 3 kali seminggu. Jadi, masa lunch break saya terisi dengan mendengar tazkirah. Tengahari tadi, tazkirah sulung disampaikan oleh Ustaz Nassru.
Beliau menyentuh 'soft-soft issue' yg kadang2 kita terlupa dalam kehidupan harian kita. Cthnya, awal Ramadhan ramai org pergi masjid, sampai nk parking kereta pon tk muat, tapi akhir Ramadhan org sudah tidak semangat nk pergi masjid lagi. Ini kerana, kita semua manusia biasa, tahap iman kita masih lemah, lama-lama kita rasa penat dan tidak bersemangat untuk ke masjid. Kata2 tersebut mengingatkan diri saya sendiri supaya memperteguhkan iman sbb tahun2 sebelumnya saya ni awal2 jer semangat, bila dah akhir Ramadhan dah berat dah nk g solat terawih.

Di bawah ini pula adalah Semarak Ramadhan Buletin board yg ada kat lobi SKO. Yang istimewanya buletin board ini dihasilkan oleh saya dan kawan2. Buletin board team leader adalah Syahnaz, assistant - Faisal, Graphic Designer - Kawi, Pembantu2 yg Kreatif - Shafik, Cinet & Saya. Tidak ketinggalan my beloved hosmate, Hasmida yg tolong komen pasal isi-isi poster + tolong gunting kertas + sanggup tunggu saya menyiapkan kerja pada Sabtu last weekend.


Buletin board dari pandangan jauh...

Buletin board dari pandangan dekat
Conclusion for buletin board : It is OK but not superb. It need to be further improved.But good as it is the first project for us to do something like this at office. We need more peoples in future in order to get more ideas and manpower.

Thursday, August 20, 2009

My offshore visit + This week Updates

Assalamualaikum...

Oleh kerana agak busy last week, saya hanya sempat upload gambar jer, tk sempat nk karang cerita.Hehehe. TQ to Little Yaya for the comment.

Okla...mari bercerita pasal lawatan ke offshore. Macam ini ceritanya, in one Sunday morning in the early of this month, I have visited Baronia Quarters in order to meet my coach for ACD program. I am very lucky, Dila had accompanied me for that visit as she had something to do at Baronia jacket which a few metres scattered from Baronia Quarters. But, before she went to the jacket, she had dropped by at Quarters first.

This is our face in our journey back to shore.....We were so fortunate that evening because it was so easy to do boat transfer as the sea was very calm.

Ini gambar daily boat yg bakal saya naiki untuk pulang ke darat.....Boat cepatlah sampai, tk sabar mahu pulang....Hehehe..


Ini pula gambar baru naik boat pada waktu pagi. Boat ini akan menuju ke Baronia Quarters.


Yang ceria inilah Dila, Mechanical Engineer


That day, we waited quite long before the daily boat had departed from Pulau Melayu. While waiting, I just snapped the picture above to show to reader that this is Pulau Melayu-jetty tempat orang naik boat untuk pergi offshore

I think, I feeling sleepy. There are a few more to updates. In summary:-
  1. I spent this weekend (22 & 23 aug to do Semarak Ramadhan buletin board at SKO). Alhamdullilah, it was almost finish, the part that only left is 'a few wording'. I was so fortunate as our Buletin Board team leader (TL) willing to do that part by himself. Kesian TL, tapi saya tk dpt tunggu lagi td sbb semua kaum perempuan dah balik, jadi saya tknk jadi perempuan tunggal lat ctu...Lagipun, saya rasa kerja buat wording tu sket je.Hehehe
  2. Meet adik2 yg ambil Medic from University Indon (22 aug-time Iftar kat bilik my best friend in Miri, Ila). Happy jumpa bakal2 doktor. There were 14 of them.
  3. Shopping (I bought oven + blender today = Insyaallah, saya akan belajar memasak)
  4. Shopping clothes ( 3 helai baju t-shirt sumayya + satu baju Raya = saya rasa berbelanja sakan)



Sunday, August 16, 2009

My progress

Assalamualaikum....



I am quite busy with my life...hehehe..

  1. My new rent's house = Nice + Interesting. I gonna have a small farm in my backyard. I have started planting two pots of watermelons. Soon to come is cucumber + sawi. Hope kebun sayur saya menjadi kenyataan.
  2. My sewing class = Struggle. My 2nd month of class but I still doesn't finish my first baju kurung. Huhu....
  3. My iqra class = Slow & steady. I love my iqra's teacher for being patient with me.
  4. My task as PETRONITA secretary = Still in learning process from Day to Day. This task makes me mix around with a lots of peoples
  5. My annual bonus = Happy although I still cannot spend for myself due to other commitment. Let's me settle my commitment towards family first for this year and hope next year bonus is for myself. Alhamdullilah, syukran atas rahmat Allah.

P/s : my slow mode of learning during sewing and iqra's class are not due to 'i'm talented' but because i don't take it seriuosly. I like to be playful, hope I will meet someone that make me really serious and focus with my interests. I have a lots of interests (sewing, blogging, gardening, vision and mission to be Ir. and so on) but I never focus and serious.

Monday, August 3, 2009

Alhamdulillah...Kelahiran Aqil Zakwan

Kak long saya selamat melahirkan anak sulungnya pada hari Sabtu lepas (1/8/2009), jam 6.50 pagi. Bayi lelaki seberat 3.25kg itu diberi nama Muhammad Aqil Zakwan bin Zairil Azlin.

Kak long dan Aqil berada dalam keadaan sihat wal-afiat. Malam ni, kak long, abg long, Aqil dan ayah akan balik Kelantan. Kak long nk menghabiskan masa berpantang di Kelantan. Saya tk sabar nk tgk Aqil......

Aqil = Yang baik budi/yang dapat dipercayai
Zakwan = Yang cerdik/yang harum

Makcik doakan moga Aqil Zakwan jadi anak yang soleh, cerdas dan pintar...penyambung wadah perjuangan Islam.